in

“Annyeonghaseyo” –[Video] Gara-gara Mesin Scan Suhu Tiada Stand, Gelagat Lucu Makcik Ni Buat Netizen Terhibur

Ft Scan Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara usaha untuk ‘memerangi’ wabak Covid-19 masih giat dijalankan, setiap premis perniagaan diwajibkan untuk memiliki sekurang-kurangnya sebuah alat pengesan suhu badan seperti yang yang telah termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.


Terdapat pelbagai jenis alat pengesan suhu yang berbeza digunakan di premis-premis ini.

Ada antaranya yang berupa seperti alat ‘penembak’, malah ada juga yang menggunakan ‘stand’ agar lebih mudah dan praktikal untuk pelanggan mengesan suhu.

Namun siapa sangka, alat pengesan suhu ini juga boleh ‘bikin’ haru kepada pelanggan yang menggunakannya.

Baru-baru ini, tular di media sosial dimana seorang gadis berkongsi satu insiden lucu yang terjadi sewaktu dia bersama keluarganya mengunjungi sebuah premis perniagaan.

Klip video itu telah dimuat naik oleh gadis berkenaan melalui akaun Twitternya @pettymah dan berjaya meraih perhatian netizen.

 

Alat pengesan suhu tak ada ‘stand’

Menurut gadis berkenaan, dia bersama keluarganya telah mengunjungi sebuah kedai.

Lebih memeningkan, premis berkenaan ada menyediakan alat pengesan suhu jenis ‘stand’  tapi tanpa ‘stand’.

Uiks macam mana pula tu?

Dikatakan premis itu tidak mempunyai ‘stand’ atau sebarang alat untuk menegakkan mesin pengesan suhu itu. Oleh itu, alat pengesan suhu itu hanya diletakkan secara mendatar di atas meja.

Makcik Berdiri

 

‘Selamba’ tunduk siap cakap “Annyeonghaseyo”

Apa yang melucukan, ibu kepada gadis berkenaan tanpa ragu-ragu terus ‘selamba’ meletakkan kedua-dua belah tangannya ke belakang sambil membongkokkan badan sebanyak 90° ke arah alat itu persis seperti orang yang sedang menunduk hormat.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga turut berseloroh mengucapkan ucapan “Annyeonghaseyo” seperti yang diucapkan oleh orang Korea ketika beramah mesra dengan individu lain sewaktu menunduk untuk mengesan suhu.

Makcik Baru Nak

Makcik Tunduk

Alahai, why so funny makcik?

 

“Penangan k-drama” – Netizen

Video yang berdurasi selama beberapa saat itu berjaya meraih lebih daripada 180,000 views dan 11,000 retweets.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan gelagat comel ibu kepada gadis berkenaan. Tak kurang juga ada yang berseloroh meminta maaf kerana tidak boleh menahan ketawa dengan keletah lucu wanita itu.

 

Twit Mak 1

Twit Mak 2

Twit Mak 3

Alahai comel je makcik, mesti dari muda happy go lucky ni. 

Baca: “Level lain ni”  Netizen Terpegun Tengok Teknologi Imbas Suhu Sekolah Ini Yang Lain Dari Lain 

Baca Scan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.