in

“Angin very kuat” – 2 Jiran Bergaduh Sebab ‘Spender’, Last-last Owner Tampil Nak Belanja KFC

Spender

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi anda yang tinggal di kawasan perumahan seperti flat, apartment dan kondominum, sudah semestinya agak leceh untuk turun ke tingkat bawah untuk membuang sampah.


Ada juga penghuni yang kurang kesedaran sivik dengan mencampakkan sahaja sampah-sampah mereka dari tingkat atas.

Pelbagai inisiatif yang digunakan oleh segelintir penghuni yang digunakan untuk menasihati jiran-jiran yang suka membuang sampah dari tingkat atas ini seperti menulis nota.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, tular cerita mengenai dua orang jiran yang bertengkar disebabkan oleh seluar dalam yang disangkakan sampah yang dibuang merata-rata.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku di sebuah kondominum di Singapura.

 

Sampah dibuang dari tingkat atas

Menerusi perkongsian Van J Edward yang dibuat di laman Facebooknya ini, dia telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan pertelingkahan tiga penjuru antara jiran-jirannya tentang sampah yang berupa seluar dalam yang dibuang dari tingkat atas.

Pertelingkahan bermula apabila salah seorang jirannya telah ‘menerima’ sampah yang disangkakan sengaja dibuang dari tingkat atas.

Dia kemudiannya bertindak membungkus kembali seluar dalam yang dibuang itu untuk dikembalikan semula kepada penghuni tingkat atas yang disangkakan pemiliknya.

Dia juga turut meninggalkan nota bersama-sama bungkusan seluar dalam tersebut. Isi kandungan nota tersebut adalah bertujuan untuk menasihati penghuni atas supaya tidak membuang sampah merata-rata.

Surat 1

“Hi, kami minta jasa baik untuk tolong berhenti membuang sampah anda ke bawah rumah kami”

“Rumah kami bukan tempat pembuangan sampah, tolong jadi manusia yang bertamadun dan menghormati orang lain”

“Kami percaya yang anda mempunyai tong sampah sendiri untuk membuang sampah”.

 

Bukan seluar dalam saya 

Penghuni atas yang bingung menerima bungkusan dan nota yang diterimanya juga telah membalas kembali nota tersebut.

Dalam nota tersebut, dia menjelaskan bahawa seluar dalam itu bukanlah miliknya seperti yang didakwa penghuni bawah.

Dia juga turut menafikan bahawa seluar dalam yang ditinggalkan di peti surat rumahnya itu bukanlah datang daripada rumah mereka.

Surat 2

“Saya rasa awak menuduh orang yang salah. Ini bukan barang dari unit saya.”

“Saya tidak mengenali item ini dan kiriman di letter box yang anda tinggalkan dan tujukan pada kami adalah salah dan bukan barang kami pun”

“Saya harap selepas ini mungkin pihak tuan boleh selidik dulu dari mana ‘sampah’ ini datang dan bukan terus menuduh unit kami”

 

So sorry abang-abang gaduh sebab spender saya 

Penafian daripada jiran tingkat atas menjadikan pemilik sebenar seluar dalam itu terus menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, terdapat seorang lagi jiran yang akhirnya tampil mengaku bahawa seluar dalam yang menjadi punca pertelingkahan tersebut adalah miliknya.

Apa yang menghiburkan, dia juga turut meninggalkan nota untuk memohon maaf sambil menjemput mereka berdamai dengan menikmati KFC bersama-sama.

Dah macam surat berangkai!

 

Salah angin kuat

Dalam nota tersebut, dia turut menjelaskan bahawa seluar dalam itu terbang akibat ditiup angin kencang.

Surat 3

“So sorry abang-abang gaduh sebab spender saya, Cerita sebenarnya adalah saya jemur spender saya pada waktu siang, malangnya angin very kuat dan menyebabkan spender saya ter-fly ke unit mangsa”

“Lagipun saya hanya tahu spender Uniqlo saya hilang pada hari kedua. Bukan salah penghuni pertama dan kedua. Salah angin kuat”

“Sebagai tanda kemaafan saya ingin menjemput abang-abang untuk makan malam KFC secara percuma” 

 

Jemuq kena pakai kelipp – Netizens

Perkongsian mengenai drama tersebut telah menarik perhatian di media sosial sejak ia mula dimuat naik pada 8 Oktober lalu.

Postingan itu berjaya meraih sebanyak 2,000 likes dan 1,000 comments.  Rata-rata netizen terhibur dengan drama tersebut.

Spender Komen 1 Spender Komen 2 Spender Komen 3

 

Harapnya jiran-jiran tersebut dah berbaik lah sambil makan KFC. 

Baca: Edit Gambar Dr Noor Hisham Berseluar Dalam Berkain Pelikat Ketika Sidang Media Di Rumah, Pemilik FB Disiasat Polis

Baca Spender

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.