Meme culture bukanlah perkara asing zaman sekarang lebih-lebih lagi kepada generasi muda. Namun ada batas yang perlu diikuti.
Lapor Harian Metro hari ini, polis telah membuka kertas siasatan ke atas pemilik Facebook (FB) MGAG selepas didakwa memuat naik satu gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memakai seluar dalam dan kain pelikat ketika membuat sidang media dari kediamannya.
Kertas siasatan dibuka selepas satu laporan polis dibuat di Senawang jelas Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.
“Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.”
Semalam tular di media sosial gambar mengaibkan Dr. Noor Hisham yang di edit tidak memakai seluar dan satu lagi memakai kain pelikat ketika sidang media dijalankan dari rumah berikutan tokoh tersebut sedang kuarantin kendiri.
Semestinya hal ini mengundang kecaman dari netizen kerana tak menghormati Dr. Noor Hisham.
Susulan itu, pemilik FB berkenaan telah membuat permohonan maaf dan menjelaskan niatnya hanya bergurau, bukannya tak menghormati Dr. Noor Hisham.
Apa pendapat korang?