in

Anggota Innuendo Digesa Tampil Ke Balai Polis, Aniaya Farid Kamil Dengan Dadah

Page Kamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Anggota Innuendo Digesa Tampil Ke Balai Polis, Aniaya Farid Kamil Dengan Dadah
Loading
/

Sekitar bulan lepas, industri seni tanah air telah digemparkan dengan berita di mana artis popular, Farid Kamil telah ditahan oleh pihak polis selepas berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.


Farid kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di atas empat pertuduhan termasuk mengambil dadah ganja. Baru-baru ini, Farid kamil mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah dianiaya oleh rakan-rakan artis sendiri, namun tidak disebutkan nama.

Far
sumber: lobak merah

Walau bagaimanapun, telah didedahkan bahawa ahli kumpulan nasyid dan R&B popular tahun 90-an antara yang disyaki telah menganiayai Farid Kamil. Terdahulu, Sofi Jikan telah ditahan reman selepas didapati positif dadah jenis ganja dan dikatakan ada perkaitan dengan kes aniaya Farid Kamil.

Sj
sumber: lobak merah

Terbaru, menurut mStar, dua lagi individu telah dikenal pasti didakwa menganiaya Farid Kamil dengan memasukkan dadah ke dalam minumannya. Kini pihak polis telah meminta dua individu tersebut untuk tampil membantu siasatan selewat-lewatnya esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mendedahkan bahawa Taj daripada kumpulan Innuendo atau nama sebenarnya Ahmad Tajuddin adalah salah seorang artis yang berada dengannya pada malam sebelum Farid Kamil merayau seorang diri.

Taj2
sumber: mstar

Selain itu, Datuk Mazlan turut mendedahkan lelaki yang turut didakwa Farid Kamil yang telah menganiayainya iaitu seorang individu bernama Firdaus. Individu-individu ini dikatakan berada di Johor dan seorang lagi masih belum dikenal pasti.

“Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok sebelum tindakan tegas dibuat.”

Harap mereka akan tampil bagi membantu siasatan.

Baca: Ahli Kumpulan Nasyid, R&B Popular Tahun 90-an Antara Yang Disyaki Aniaya Farid Kamil

Fk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.