in

Anda Pasti Geram Lihat Apa Guru Ini Lakukan Pada Murid Hidap Autism

Z1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Anda Pasti Geram Lihat Apa Guru Ini Lakukan Pada Murid Hidap Autism
Loading
/

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Namun layanan yang diberikan kepada setiap manusia di muka bumi ini haruslah sama dan tidak berbeza disebabkan kecacatan seseorang itu.


Seperti kisah ini, seorang guru dikecam teruk oleh netizen selepas berlaku kejam terhadap seorang kanak-kanak. Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah kanak-kanak itu mempunyai penyakit autism.

Sumber: Facebook
Sumber: facebook

Baru-baru ini, Amanda Riddle ibu kepada kanak-kanak autistik bernama Caleb memuat naik status menceritakan kejadian di mana anaknya didiskriminasi oleh guru di Nutter Fort Primary School di Harrison County, West Virginia. Caleb, 6, tidak sempat membaca skrip ketika pementasan kerana mikrofon dirampas oleh seorang guru sebaik sahaja tiba gilirannya. Kenapa kejam sangat?

G2

Menurut Amanda, sekolah tempat Caleb belajar itu membuat satu persembahan pentas bersempena dengan Thanksgiving Day. Caleb yang membawa watak ayam belanda sepatutnya diberi satu baris ayat iaitu ‘gobble gobble’ untuk pementasan itu.

Namun, keterujaan Caleb dimusnahkan oleh seorang guru selepas beliau merampas mikrofon sebelum Caleb sempat membaca skrip bahagiannya. Caleb yang tidak menyangka akan diperlakukan sebegitu terus menjerit ‘Oh No” dan menangis. Kesiannya… 🙁

A1

A2

Saya sangat teruja untuk melihat pementasan yang disertai Caleb. Saya bagaimanapun pulang dengan perasaan yang sangat sedih kerana seorang guru bernama Mrs Linsey jika tak silap, mengambil mikrofon daripada Caleb dengan cara yang kejam.”

Saya sedar bahawa anak saya berbeza dengan kanak-kanak lain, tetapi dia memiliki hati yang sangat baik dan menyayangi semua orang. Salahkah jika dia hanya mahu menyebut ‘gobble gobble’ memandangkan Caleb membawa watak ayam belanda.”

Paling teruk dan menyedihkan adalah di dalam video berdurasi 12 minit 49 saat itu boleh kedengaran penonton mentertawakan Caleb dan guru itu nampak seperti sudah bersedia untuk merampas mikrofon sebelum Caleb mula bercakap. Caleb menghidap penyakit autism dan ia bukanlah satu jenaka untuk mempermainkan perasaan kanak-kanak sepertinya. Dorang ingat lawak ke?

Bapa Caleb, Mr Squires memuat naik video yang dirakamnya itu dengan caption “Ini adalah anak lelaki saya ketika pementasan Thanksgiving. Dia berada di giliran yang terakhir dan mempunyai penyakit autism”

Menurut bapanya, tahap autism Caleb tidaklah seteruk mana kerana dia masih mampu membuat aktiviti seperti kanak-kanak yang lain selain mempunyai pemikiran yang cerdas.

Sumber: Facebook
Sumber: facebook

Video itu telah mencetuskan tindak balas (marah) daripada rakan-rakan ibu bapa serta guru yang lain dan mereka menggambarkan ianya satu tindakan yang keterlaluan.

Dia mempunyai hati yang baik dan sentiasa gembira. Lihatlah bagaimana Caleb diperlakukan oleh seorang guru. Dia pulang rumah selepas sekolah dengan sangat teruja dan memberitahu bahawa dia dapat melibatkan diri di dalam pementasan sebagai ayam belanda dan diberi skrip ‘gobble gobble.”

Saya mengharapkan penjelasan atau tindakan lanjut boleh diambil dari pihak sebelah sana.”

Ibu Caleb pula menyatakan perasaan kecewanya, lagi pula beliau turut memuat naik video anaknya itu bernyanyi bersama dengan sangat teruja sebelum kejadian itu berlaku.

C3
Sumber: facebook

Saya sudah muak kerana kanak-kanak yang dianggap tidak ‘normal’ tidak mendapat layanan yang baik. Caleb, mama sayangkan awak.”

Netizen yang menonton video itu memberikan komen membina dan menyokong Caleb serta keluarganya dengan memberikan kata-kata semangat.
“Sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang bersekolah di Harrison County, saya sangat terkejut dengan kelakuan guru itu.”

“Dengan berbuat begitu, dia (guru) bukan sahaja menghancurkan perasaan Caleb tetapi beliau juga mengajar kanak-kanak yang lain bahawa tindakannya itu adalah sesuatu yang tidak salah. Ianya TIDAK BAIK sama sekali.”

“Saya bersimpati di atas apa yang berlaku kepada anak anda, ianya sangat menyayat hati. Guru tidak patut memberi layan sebegitu kepada seorang anak istimewa. Saya mempunyai dua orang anak lelaki istimewa dan bekerja di bahagian pengurusan kanak-kanak istimewa di sekolah di North California. Jika ada bantuan yang saya boleh hulurkan, sila beritahu saya.”

“Dia patut dipecat.”

C2
Sumber: facebook

Seorang netizen berkata,

Saya sudah menghantar e-mel kepada supritendan. Saya berharap ada sesuatu (tindakan) yang boleh dilakukan.”

Kenapa ada manusia sekejam ini? Walaupun tidak secara fizikal tetapi melukakan hati seorang kanak-kanak yang menghidap autism SANGAT TIDAK BOLEH DITERIMA! Walaupun hanya dua patah perkataan, apa salahnya beri dia peluang untuk bercakap? Cuba kalau anak dia diperlakukan sebegini…

Tonton video penuh di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.