in

Anda Ada Ketuat? Guna 5 Bahan Organik Ini Untuk Hilangkannya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita mesti pernah berjumpa atau mendengar permasalahan mengenai ketuat dari ahli keluarga atau teman-teman. Ramai yang kadangkala masih keliru mengenai ketuat itu sendiri.


Ketuat merupakan sejenis ketumbuhan tidak berbahaya yang berada pada kulit. Ia sebenarnya disebabkan oleh jangkitan sejenis virus yang dinamakan sebagai Human Papiloma Virus (HPV).

Mesti korang nak rimas dengan ketuat dan kalau boleh memang nak buang terus. Ada 5 bahan organik yang korang boleh try untuk hilangkan ketuat dari kulit korang. Jom baca bahan-bahan organik untuk hilangkan ketuat oleh @drirmashida kat bawah ni.

Cuka Epal

Sumber: Google Image

Cuka epal atau apple cider vinegar boleh digunakan untuk hilangkan ketuat. Campur dengan air, lepas tu dab-dab kat area ketuat tu. Nanti kecutlah tu. 

Bawang Putih

Sumber: Google Image

Dekat dapur mesti ada bawang putih kan. Ambil beberapa ulas, tumbuk bawang putih tu lepas tu campur dengan air. Kemudian sapu dekat area ketuat tu. Lepas 3-4 minggu hilang lah ketuat tu.

Nenas

Sumber: Google Image

Walaupun masih dalam kajian, tapi ada orang berjaya hilangkan ketuat dengan guna nenas. Nak sapu jus nenas boleh, nak letak isi nenas terus kat ketuat pun boleh. Tapi kena buat setiap hari lah baru berkesan.

Lemon

Sumber: Google Image

Cara guna lemon untuk hilangkan ketuat sama juga macam yang lain. Guna jus lemon, sapu dekat ketuat setiap hari. Nanti ketuat hilang

Timun

Sumber: Google Image

Ni admin terkejut bila tahu timun boleh hilangkan ketuat. Cara dia sama, sapu timun dekat kulit yang kena ketuat. Nanti sel baru akan tumbuh dekat area yang pernah kena ketuat tu.

Selamat mencuba!

Baca: “Kita lagi advance rupanya” – Mat Salleh Baru Tahu Sebelum Potong Timun Kena Gosok Hujung Dulu Baru Sedap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.