in

Anak Kecewa Bapa Tak Nak Jadi Wali Nikah Sebab Pemalu Depan Orang Ramai

Ft Bapa Taknak Jadi Wali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana buntu dengan majlis pernikahannya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menerusi luahannya di sebuah group di Facebook, bapa kandungnya dikatakan enggan menjadi wali. Jelas wanita itu, dia begitu kecewa dengan alasan bapanya itu yang sanggup ‘menarik diri’ daripada menjadi wali kerana pemalu.


Artikel berkaitan : Pasangan Bawa Bayi Naik Motosikal Bakal Nikah Petang Ini

Artikel berkaitan : Pegawai JAIPs, Imam Masjid ‘Kaut’ Lebih RM1 Juta Rasuah Untuk Pengurusan Pernikahan Di Perlis

“Saya nak tanya, abah saya tak nak nikahkan saya sebab abah saya jenis pemalu, gugup bila depan orang.”

“Tapi abah saya sihat je, tak uzur dan ada je tinggal sekali dengan saya.”

Bagaimanapun, dia akur dengan alasan yang diberikan oleh bapanya itu, namun tidak dapat selindung kesedihannya dan masih berharap agar bapanya mengubah fikiran.

“Sedih juga, kalau boleh nak abah nikahkan saya.”

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang bersimpati dan ada juga yang memintanya supaya tidak merumitkan keadaan.

Screenshot 2024 06 27 131747 Screenshot 2024 06 27 131816

Sebagai info, syarat sah menjadi wali adalah Islam, baligh, berakal, lelaki adil dan merdeka. Sementara bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri pernah menjelaskan tentang situasi sama apabila bapa berkeras tidak mahu menjadi wali untuk anak perempuan yang mahu bernikah.

Jelasnya, bapa sebagai wali yang menghalang atau enggan menikahkan anaknya tanpa ada sebab yang dibenarkan oleh syarak adalah dilarang.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.