Biasalah, bila dah meningkat dewasa ni mesti ada keinginan untuk rasa bebas dan bersosial dengan orang luar.
Situasi yang sama dialami oleh seorang wanita berusia 23 tahun yang kini tinggal di rumah keluarganya namun berasa rimas kerana bapanya terlalu strict sehingga dia rasa terkongkong.
Habis kerja terus kena balik rumah
Menerusi satu hantaran di X, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati kerana perlu pulang ke rumah selepas habis kerja jam 10.30 malam. Jika tidak, bapanya akan pergi mencarinya walaupun sudah malam.
Artikel berkaitan: Remaja Perempuan Hilang Sejak 2 Julai Dah Pulang, Tertekan Bentuk Badan Diejek Punca Lari Rumah
Artikel berkaitan: Pengantin Hilang Sehari Lepas Nikah Dijumpai, Kena Cerai Dengan Suami Di Balai Polis Sebab Lari Rumah Ex-BF
Patut ke aku lari rumah? Korang bayangkan.. aku balik kerja closing pukul 10.30 malam pun terus kena balik rumah. Jangan haraplah nak ngopi dulu kat kedai makan. Kalau tak nanti ayah aku start kereta pergi cari aku.
Aku tak tahu sampai bila nak hadap benda merimaskan macam ni. Nak kata aku ni budak-budak tapi umur pun dah 23 tahun. Bencinya asyik kena kongkong.
Disebabkan itu, dia meminta pendapat orang ramai adakah keputusannya untuk lari dari rumah itu tepat ataupun tidak.
Luahan seorang anak dara yang berumur 23 tahun.. What say you..?🤔 pic.twitter.com/AWUwJFksRx
— JalaIMisai (@jllmisai) August 27, 2024
“Syukur ayah masih ada dan sayang”
Ramai netizen di ruangan balas berkongsi pendapat mereka tentang masalah yang dihadapi wanita berkenaan. Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana dia masih di bawah tanggungan keluarga.
Kata mereka, isu ini mungkin boleh dibawa bincang dan luahkan perasaan tersebut kepada bapanya.
Pun begitu, ada yang memerli wanita itu kerana mungkin pernah merasai beratnya komitmen hidup bersendiri dan jauh daripada keluarga.
Moga dipermudahkan urusan..
Sumber: X