in

“Ambil gambar tub*h, kemudian jual” – Kanak-kanak 12 Tahun Kendalikan Laman Web L*cah

ft 12 tahun jual tubuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis telah berjaya menumpaskan satu kumpulan yang dikenali sebagai ‘Geng Budak Sekolah’ yang terlibat dengan jenayah seksual, apa yang mengejutkan lagi ia membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kanak-kanak tersebut mengendalikan laman web itu bersama 4 lagi rakannya bahkan mereka ada satu kumpulan WhatsApp yang mempunyai 762 ahli.


Artikel berkaitan :  “Kalau kau cari pasal lagi, aku bunuh kau” – [VIDEO] Lelaki Bawa Geng Serang Budak Sekolah Sebab Adik Kena ‘Kacau’

Artikel berkaitan : KPM Galakkan Laungan ‘Anti Buli’ Di Sekolah Sebagai Usaha Hapuskan Gejala Buli

 

Berhenti sekolah sebab jana pendapatan lebih tinggi daripada ibu bapa

Menurut beliau lagi, modus operandinya adalah dengan mengambil gamba rtubuh sendiri untuk dijual dan mereka jadikan ia sebagai sumber pendapatan.

“Masing-masing ambil gambar bahagian tubuh masing-masing, kemudian jual. Dia berhenti sekolah sebab pendapatan jauh lebih tinggi daripada ibu bapanya.” 

Jelas Saifuddin Nasution lagi, untuk kes berkeaan pihak Kemanterian Dalam Negeri (KDN) perlu melaksanakan penguatkuasaan mengikut undang-undang berkaitan dengan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selain daripada mendapatkan pandangan daripada bermacam-macam agensi yang lain.

“Swinger digempur di bawah D7 (Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gengsterisme Polis Diraja Malaysia) tetapi kes kanak-kanak sekolah di bawah D11 (Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Bukit Aman.”

Berkenaan dengan jenayah Swinger (individu atau pasangan yang ebrtukar pasangan atas dasar suka sama suka untuk aktiviti seksual), beliau berkata, ada 5 peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi tindakan terhadap kes jenayah berkenaan.

Screenshot 2025 08 19 155119

Ia merangkumi  Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Penapisan Filem 2002 dan enakmen syariah negeri-negeri bagi pelaksanaan penguatkuasaan bersama antara polis dan pihak berkuasa negeri.

Tambah Saiful Nasution, hasil pengintipan yang dilakukan oleh D7 pada Ogos 2024 telah ebrjaya menegsan laman web yang mempromosikan aktivti swinger dan menyerbu sebuah kondominium mewah di ibu negara.

“Hasil serbuan itu, pelajar universiti awam dan swasta, penjawat awam serta warga asing telah ditahan, kemudian kes dibuka di bawah Kanun Keseksaan.”

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.