in

“Ambil atas dasar tanggungjawab”- KPM Sedia Terima Pelajar Sekolah Yang Dibuang MRSM

fadhlina vs asyraf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan kes enam orang pelajar dari sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka yang dibuang sekolah kerana terbabit dalam kes buli pada minggu lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) sedia menerima pelajar MRSM yang dibuang sekolah.

Menurutnya, KPM sentiasa bersedia menerima sesiapa sahaja pelajar untuk memasuki aliran sistem pendidikannya.


Fadhlina Sidek 1606 1750748383

Kalau dihantar ke sekolah kita kena terimalah kerana itu tanggungjawab kita dan komitmen kita dan kita sentiasa bersedia untuk menerima siapa saja anak-anak kita untuk dididik.

“Jadi saya rasa tidak timbul isu kita tidak memberi peluang atau menolak mereka, tetapi kita ambil atas dasar tanggungjawab,” katanya.

Artikel berkaitan: “Pagi-pagi lagi ramai dah tag saya perihal insiden buli di sebuah MRSM di Melaka” – Dr Asyraf Wajdi

Artikel berkaitan: Dihemp*p & Dipuk*l Guna Tali Pinggang, Dr Asyraf Wajdi Arah Pegawai Siasat Video Remaja Didakwa Dibuli Di MRSM

Terdahulu, pada 26 Julai lalu, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, dilaporkan berkata bahawa enam pelajar Tingkatan 5 sebuah MRSM di Melaka telah dibuang serta merta selepas siasatan lembaga disiplin mendapati kes penderaan membabitkan mereka memang berlaku.

1992520

Enam pelajar itu juga katanya bukan sahaja digantung dan dicadangkan untuk disingkirkan, tetapi terus dibuang.

Kita tidak akan berkompromi, pengurusan tertinggi MARA sudah faham prinsip saya sebaik dilantik sebagai pengerusi.

“Pengurusan tertinggi MARA juga diminta tidak melayan sebarang rayuan kerana kita sudah kerap kali memperingatkan untuk tidak berkompromi dengan sebarang bentuk buli,” kata Asyraf Wajdi.

Apa-apapun semoga pelajar-pelajar berkenaan sedar akan kesalahan yang dilakukan dan tidak akan meneruskan budaya buli ini di sekolah lain pula. 

Sumber: Berita Harian

Sumber: BH
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.