in

“Amad dah takde kat dunia ni lagi” – Enggan Balik Asrama, Anak Tinggalkan Nota ‘Membimbangkan’ Sebelum Lari Rumah

376809 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermacam-macam alasan diberikan untuk tak nak pulang semula ke asrama, keesokan paginya Ahmad Fitri Mohammad Shaffie tiba-tiba hilang dan meninggalkan sepucuk surat yang mengundang rasa cemas kedua ibu bapanya.



Menurut Sinar Harian, pelajar cemerlang dari sebuah sekolah berasrama ini dikatakan menghilangkan diri dari rumah keluarganya di Pekan Kuala Selangor pagi tadi.

 

Bagi alasan bila nak balik ke asrama

376809

Kehilangan pelajar tingkatan 3 ini mula disedari oleh ibunya, Mardiana Ismail ketika ingin menunaikan solat Subuh dalam pukul 6.30 pagi tadi.

Tambahnya lagi, kali terakhir dia nampak Ahmad Fitri kira-kira jam 2 pagi tadi ketika anak bongsu daripada lima beradik itu sedang menjamah makanan.

“Bagaimanapun, selepas saya terjaga daripada tidur untuk bersiap-siap menghantarnya ke sekolah, saya tak nampak kelibat Ahmad tidur di ruang tamu rumah,”

Dia kemudiannya mencari Ahmad Fitri sekitar rumah sebelum menemui nota tulisan tangan anaknya itu atas meja solek.

Mardiana dan suaminya, Mohammad Shaffie Hasan, membawa Ahmad Fitri pulang ke rumah selepas menandatangani laporan prestasi di sekolah anaknya, Jumaat lalu.

 

Kelibat Ahmad Fitri naik bas menuju ke Klang

Sepatutnya Ahad lepas, Ahmad Fitri patut pulang semula ke asrama tapi dia beri macam-macam alasan sebab tak nak balik.

“Sepatutnya saya menghantarnya ke asrama kelmarin (Ahad), tapi dia beri pelbagai alasan hingga menghilangkan diri,”

Menurutnya, anaknya itu dipercayai menghilangkan diri sehelai sepinggang dan tidak membawa telefon bimbit.

“Saya berusaha mencarinya di sekitar Klang selepas pemandu bas memaklumkan ternampak remaja mirip anak saya menaiki bas menuju ke sana,

Sehubungan itu Mardiana membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi tadi.

Orang ramai yang melihat Ahmad Fitri atau mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Mardiana di talian 019-3811743 atau 013-2828390.

 

Baca :  Remaja Lari Dari Rumah, ‘Sentap’; Ibu Tegur Supaya Kemas Rumah..

Sentap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.