in

Aliran Trafik Ke Pantai Timur Dijangka Meningkat 50 Peratus, Rakyat Diminta Rancang Perjalanan & Patuh SOP!

Gambar Hiasan 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertama kali sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac lalu ramai orang terutamanya yang berada di perantauan tidak dapat menyambut  Aidilfitri bersama keluarga di kampung ekoran larangan rentas negeri, namun pada Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini tiada sebarang sekatan perjalanan akan dibuat.


Selepas pengumuman itu, terdetik dalam fikiran, pastinya jalan raya dan lebuh raya kali ini akan jauh lebih sesak dari tahun-tahun sebelum ini kerana orang ramai pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman, setelah tidak dapat berbuat demikian pada perayaan yang lepas.

Ekoran daripada itu, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein, Pengarah Eksekutif Anih Berhad, sebuah syarikat yang juga pemegang konsesi KLK dan LPT1, mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan di Twitter dan Facebook lapor Berita Harian.

TTA dikeluarkan bagi membantu pengguna merujuk kepada waktu perjalanan yang sesuai sebelum turun ke lebuh raya serta bertujuan untuk mengawal jumlah pergerakan trafik.”

Lpt1 1002 Field Image Socialmedia.var 1518273221

Nik Fauzi  turut berkata semua kemudahan awam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan di hentian sebelah di lebuh raya itu dibuka kepada pengguna dengan menerapkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi.

Oleh itu, syarikat ingin memaklumkan bahawa kemudahan R&R atau hentian sebelah akan ditutup sementara kepada pengguna sekiranya penuh bagi mengekalkan amalan penjarakan sosial.”

Namun begitu, bukanlah semua R&R ditutup, ia hanyalah bagi R&R yang telah sesak dan orang ramai dinasihatkan meneruskan perjalanan menuju kemudahan R&R atau hentian sebelah seterusnya.

Beliau turut menasihati pengguna supaya memastikan baki nilai kad Touch ‘n Go (TNG) mencukupi kerana tiada urusan transaksi tambah nilai kad TNG di lorong tol, manakala Pusat Khidmat Pelanggan di plaza tol hanya beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

So korang yang dah tak sabar sangat tu, rancang perjalanan korang okay, yang paling penting ikut SOP ditetapkan!

Baca: “Ada berapa org dlm tu?”  Detik Cemas Polis Trafik Cuba Selamatkan Mangsa Kemalangan Dalam Parit

2 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.