in

“Alhamdulillah” – Pempengaruh Muka Gangster Muat Naik Video Dedah Ibu Kini Sudah Peluk Islam

ibu masuk islam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka selepas tujuh tahun pempengaruh Muka Gangster atau nama penuhnya, Muhammad Mikhael Sathayah memeluk Islam, kita tiba pula giliran ibunya, M Muniamah, 75 menerima hidayah.

Menerusi satu video yang dikongsikan Mikhael di TikTok, ia memaparkan detik bermakna buat pempengaruh ini apabila ibunya yang juga digelar ‘Mak Titew’ melafazkan dua kalimah syahadah dengan bantuan pembimbing sambil disaksikan Mikhael dan isterinya.


Hebat kuasa Allah. Saat ini rasa macam mimpi. Terima kasih Allah,” tulisnya.

@mukagangster

Hebat kuasa Allah . Terima kasih Allah. Ya Allah Ya Allah Ya Allah. Hidayah milik Allah. @Mak Titew #mukagangster #ipohperak #fyp #maktitew #wifetitew

♬ Sad Lonely Piano – ALEKSANDAR KIPROV

Dalam video itu juga, dapat dilihat Muniamah memeluk kedua-dua anak dan menantunya selepas selesai melafazkan syahadah.

Video berkenaan menerima komen tahniah dan syukur daripada netizen yang sebak melihat momen berharga buat ibu, anak dan menantu ini.

Ramai yang mendoakan agar ibu Mikhael terus istiqamah dengan penghijrahan ini dan semoga hubungan keluarga ini terus kekal bahagia selamanya.

masuk 1 down

Terdahulu, tular mengenai kisah penghijrahan Muhammad Mikhael yang menjadi tumpuan netizen kerana sikapnya yang sering meratukan ibunya dan kasih sayang si ibu yang tidak berbelah bahagi meskipun mereka berlainan agama.

Sumber: Sinar Plus, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.