in

“Alasannya sebab tak tutup after 12” – Lelaki Dipercayai Kakitangan Majlis Perbandaran Rempuh Kerusi Meja Kedai Makan?

Mbas3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kekecohan berlaku di Taman Anggerik, Alor Setar, Kedah semalam dimana seorang lelaki merempuh kerusi dan meja sebuah warung burger menggunakan keretanya.

Kejadian itu disaksiakn Shafiq Jaswan yang ketika itu sedang berada di lokasi kejadian.


 

Mai langgar kerusi meja burger ni alasannya sebab tak tutup after 12.”

Enmnjk5Ucaanfxo

Dalam perkongsian menerusi Twitter miliknya, Shafiq ketika itu sedang berborak dengan rakannya, tiba-tiba ada sebuah kenderaan jenis CRV rempuh meja di gerai tersebut.

Pada mulanya, ingatkan ia hanyalah sekadar satu kemalangan, tiba-tiba terdengar suara pemilik kereta tersebut menengking pemilik gerai itu.

“Abang burger bangun borak tepi kereta with nada yang elok. Tapi owner kereta tinggikan suara. Aku nak hang tutup sekarang. Esok aku taknak hang meniaga sini dah”

Malah, pemilik kenderaan itu terus keluar daripada kereta dan baling meja kepada penjual burger tersebut.

“Semua time tu berdiri tengok apa yang berlaku. Situasi masa tu jadi lain sebab budak budak yang dok ada semua jadi serba tak kena.”

Menurut Shafiq lagi, lelaki tersebut dikatakan orang Majlis Perbandaran.

“Time tengah mengamuk tu masing masing kecoh then ada yang notice baju owner kereta pakai tu ada lambang Majlis Perbandaran Alor Setar.” Katanya ketika dihubungi oleh Team Lobak Merah.

 

Mungkin dia nak rush sebab pkp ni kena closing before 12.

Apa yang peliknya, Shafiq yang boleh dikatakan pelanggan tetap di gerai tersebut menjelaskan bahawa peniaga itu ada ceritakan kepadanya bahawa pemilik kenderaan itu ada datang ke gerainya pada malam sebelumnya.

 

Punca sebab pemilik kedai enggan alihkan meja

Menurut Shafiq lagi, kekecohan itu berlaku apabila pemilik kenderaan itu meminta penjual untuk alihkan meja sebab nak parking di kawasan tersebut.

Namun begitu, meja yang diletakkan langsung tidak menganggu laluan kerana ada satu parking khas depan warung tersebut. Walaubagaimanapun penjual dengan rela hati ubah kedudukan meja tersebut.

“Tapi owner kereta naik angin tetiba sound suruh ubah lagi.Tpi abg burger dah bagithu (dengan nada yang sopan) limit parking sampai situ je kalau nak parking better pergi tempat yand disediakan. Tiba tiba owner kereta keluar naik angin tinggikan suara. Suruh ubah meja.”

Maka, terjadilah kekecohan itu.

 

Pemilik kenderaan tengah high?

Mbas2

Memandangkan kekecohan itu disaksikan oleh orang ramai, dan ada yang perasan ketika serangan dibuat, pemilik kereta itu memakai baju majlis perbandaran, dikatakan ada orang-orang di lokasi kejadian tersebut cuba meminta pengenalan diri sebagai bukti dirinya salah seorang anggota berkuasa.

“Ada yang cakap owner kereta macam tengah high. Sebab dia macam kejap okay kejap tak. Bila crowd datang tanya dia minta card id if dia pegawai MBAS dia main tingkap@kereta.”

Boleh rujuk video diatas. Bagaimanapun Shafiq menjelaskan dia tak sempat merakam ketika rempuhan itu berlaku kerana masing-masing terkejut ketika berada di lokasi kejadian.

 

Baca : Tidak Puas Hati Digantung Kerja, Bekas Pengurus Rempuh Kilang &  Baling Petrol Sebelum Maut Dilanggar Treler

Treler

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.