in

“Alasan takde duit, esoknya beli iPhone” – Kenal Dekat Matchmaking, Wanita Merana Suami Culas Bagi Nafkah

Ft Suami Culas Bagi Nafkah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum berkahwin, seorang wanita ini pernah ada kerja dan jana pendapatan dengan mengajar Al-Quran di surau dan sekolah yang berhampiran selain daripada berniaga online dan dropship.

Hasil ‘kerja’ yang dilakukan olehnya itu, dia mampu beli kereta terpakai secara tunai. Namun setelah mengenali suaminya menerusi ‘match make’, hidupnya jadi berubah dan hadapi ‘kesengsaraan’ sikap suaminya itu.


Artikel berkaitan :Bengang Habiskan Duit Untuk Berjudi Sampai Tak Bayar Nafkah Anak, Isteri Nekad B*kar Suami 

Artikel berkaitan : “Kau bermewah makan lobster” – Boss Kay Culas Bayar Nafkah Anak, Cik Pia Luah Rasa Hampa

Jelasnya, sebelum berkahwin ibu mentua sangat teruja untuk menyambut dirinya sebagai menantu dan mereka juga kini dikurniakan anak kembar perempuan yang kini sudah berusia 5 bulan.

Bagaimanapun, sejak mereka berkahwin, suaminya tidak membenarkan wanita ini untuk bekerja mahupun berniaga, kononnya segan dengan orang sekeliling. Namun begitu, suaminya itu begitu liat untuk memberikannya wang belanja harian keluarga.

Pexels Karolina Grabowska 4471316

“Saya hanya makan apa yang ada di rumah. Lepas dapat kembar ni, makin teruk. Susu dan lampin lepas 2 minggu minta baru dapat. Alasan dia bgi tak ada duit. Anak kembar saya ini masih 100% bergantung pada susu. Susu badan tak cukup tampung 2 orang sekaligus. Takkan saya nak tengok je diaorang menangis lapar. Last-last saya beli sendiri.”

Pada mulanya wanita ini cuba fahami mungkin suaminya yang kerja menjual produk air tapis itu memang betul kesulitan wang. Bagaimanapun, wanita ini selalu ternampak resit daripada kedai makan dan ia membuatkan wanita ini jadi musykil.

“Saya memang kenal dia suka makan kat tempat-tempat begitu, tak pernah makan warung. Padahal saya kat rumah hari-hari makan nasi lauk ulam petik tepi rumah je. Awal-awal kahwin dia selalu pinjam duit saya buat bayar kereta Vios dia bulan-bulan sampai suruh saya buat pinjaman sebab kereta dia nak kena tarik, tapi tak lulus, nasib baik.”

Pexels Tima Miroshnichenko 6010811

Malah, suaminya juga memberikan reaksi yang kurang senang setiap kali meminta wang untuk keperluan harian. Tetapi ada satu ketika, dia ternampam suaminya membeli telefon pintar baharu.

“Haritu saya minta belikan pampers tapi macam biasa, tak ada duit, muka terus berubah. esoknya saya tengok dia beli iPhone baru. pampers masih tak beli.”

Malah, sejak dia melahirkan anak, mereka sudah enggan tidur bersama, selalu marah apabila bercakap dengannya dan setiap hari keluar dengan kawan, malah anak langsung tak disentuh. Dia pernah mencuba untuk mengadu nasib kepada pejabat agama dan ibu mentua, namun respon yang diterima sangat mengecewakan. Ikuti kisahnya disini.

Disebabkan perkara ini, dia kadang kala terpaksa meminta tolong adiknya dan terus dilemma dengan apa yang terjadi kepada hidupnya ini dan reda jika ini adalah jalan hidupnya.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.