Pemuzik dan DJ popular antarabangsa, Alan Walker mengumumkan konsertnya yang sepatutnya berlangsung pada malam ini iaitu pada Sabtu 22 Jun 2024 di Sunway Lagoon telah ditunda ke suatu tarikh lain pada tahun ini.
Alan Walker membuat pengumuman terpaksa menunda konsertnya itu menerusi Instagram semalam.
Dalam pengumuman tersebut, Walker menjelaskan konsert itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana ada perkara yang tak dapat dielakkan.
Artikel Berkaitan: “Macam mimpi!” – Alan Walker Buat Kejutan, Belanja Satu Kelas Tiket Konsert!
Artikel Berkaitan: “Kenapa marahnya kat Putri” – Putri Ariani Mohon Maaf, Tak Tahu Media Tunggu
Difahamkan juga, untuk peminat yang telah membeli tiket dan mahu mendapatkan bayaran balik atau refund, mereka boleh berbuat demikian dari pihak penganjur sebelum 20 Julai 2024.
Namun, untuk yang tetap mahu hadir ke konsert yang akan diadakan pada suatu tarikh baru nanti pula, peminat boleh tunggu pengumuman dari pihak penganjur tentang tarikh baru konsert nanti.
Alan Walker juga memohon maaf kerana terpaksa menunda konsert sekali gus mengecewakan peminat yang telah teruja untuk hadir ke konsertnya malam nanti.
Walau bagaimanapun, Walker berjanji akan kembali semula ke Malaysia pada tahun ini.
Sumber: Instagram alanwalkermusic