in

Alami Masalah Kewangan, Pasangan Suami Isteri Sudah 2 Bulan ‘Berteduh’ Dalam Proton Wira

syaz ft 2025 02 07T132826.470

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah kewangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, baru-baru ini tular di media sosial apabila sepasang suami isteri terpaksa menjadikan sebuah Proton Wira sebagai ‘rumah’ mereka kerana masalah kewangan.

Pasangan itu mengambil keputusan untuk tinggal di dalam ‘rumah’ usang itu selepas kesempitan hidup sehingga terpaksa tinggal di dalam kereta tersebut secara berpindah-randah.


Artikel berkaitan: “Cantiknya rumah kami bang” – Tiada Lagi Pondok Usang, 11 Beranak Kini Duduk Rumah Baharu

Artikel berkaitan: Kewangan Terjejas Sejak PKP, Wanita Syukur Jualan Laris Lepas ‘Viral’ Di FB

Menurut laporan Kosmo!, kisah pasangan itu mendapat perhatian sebelum dikongsikan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor di Facebook miliknya hari ini.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Pwngerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail dan Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid untuk membantu pasangan suami isteri ini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Mohd. Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai memberitahu, pihaknya juga telah meminta pegawai Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor untuk segera menempatkan pasangan ini di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai dibawah unit kecemasan PKPJ.

Semoga urusan suami isteri ini dimudahkan…

Sumber: Kosmo!, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.