in

“Menitik air mata…” – [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Kakak Tak Nak Tinggal Adik Di Kubur

Page2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati siapa yang tak hiba bila kehilangan ahli keluarga terdekat, kan?


Sedangkan kita yang dah besar panjang ni pun pasti sebak bila ada adik beradik atau ahli keluarga yang meninggal dunia, apatah lagi anak kecil yang masih segar daya fikirannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Tiktok berkenaan seorang kanak-kanak perempuan yang tidak mahu ikut ibu bapanya pulang dari kubur arwah adiknya.

Dikongsi pengguna Tiktok @afraeryna18, klip tersebut melihatkan adik kecil ini enggan pulang walaupun berkali-kali dipujuk oleh ibu bapanya.

Apabila ditanya mengapa tidak mahu balik, kanak-kanak itu sekadar menunjuk ke arah kubur arwah adiknya, menyatakan yang dia tetap mahukan adiknya.

Adik dah bahagia kat syurga…”

Menurut Murni selaku pemilik video juga ibu kepada anak kecil itu, adik kepada kanak-kanak itu dilahirkan pada awal bulan lepas, namun meninggal dunia baru-baru ini akibat komplikasi pada jantungnya.

Meskipun kanak-kanak itu tidak memberontak ketika disuruh balik, namun caranya menolak ajakan itu begitu menyayat hati kerana kelihatan air matanya menitik, mungkin terlalu rindu pada adiknya. Tangisan yang tak bersuara inilah yang biasanya lebih menyakitkan…

Mesti dah lama dia tunggu adik dia…

Klip berdurasi seminit itu menyentuh hati ramai pengguna Tiktok yang turut bergenang air mata selepas melihat kanak-kanak itu yang merindui adiknya.

8 1 7 1

Ramai turut mendoakan bayi itu agar rohnya dicucuri rahmat. Sekejap je dipinjamkan si adik kepada kakaknya…

10 39 2

Bukan adik ni sorang je yang ‘banjir’, sekali Min pun terjebak. Salam takziah kepada mereka sekeluarga, semoga adik ini terus tabah!

Baca: Sedih! Kisah Anak & Ibu Mangsa Tragedi Letusan Semeru Yang Ditemui Berpelukan Dalam Timbunan Abu

11 3

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.