in

“Alaaa janganlah ambil serius sangat” – Tular Klip Siti Nurhaliza Marah, Rupa-rupanya…

Untitled Design 2024 04 17T111721.913

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang penyanyi bukan sahaja perlu mempunyai bakat malah mereka juga perlu tahu sedikit sebanyak mengenai teknikal dalam persembahan.


Seperti yang terjadi kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini, di mana satu klip memaparkan beliau yang sedang berada di belakang pentas kelihatan bengis seakan memarahi krew produksi konsertnya.

Artikel berkaitan: “Sampai masa nanti” –  Ini Respon Siti Nurhaliza Apabila Dicadang Gelaran Biduanita Negara

Artikel berkaitan: “Siti Nurhaliza next?” – Rupanya Hanya 4 Penyanyi Ni Je Pernah Terima Gelaran Biduan Negara Dalam Sejarah

Ramai netizen yang berspekulasi bahawa pelantun lagu Cindai itu sedang memarahi krew tersebut sebelum memulakan persembahan.

Pun begitu, menerusi laman Instagram miliknya Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi menjelaskan perkara sebenar selain memuat naik video penuh situasi backstage itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

“Alaaa..janganlah ambil serius sangat tau, saya tak marah pun, tu muka saya cuak atau cemas, anda boleh tengok berapa saat je LED tu akan terbuka dan saya kena menyanyi.

Bayangkan kalau ear monitor yang saya pakai tak on atau dibuka. Ear monitor ini sangat penting kepada seseorang penyanyi untuk mendengar suara dan muzik,” tulisnya di kapsyen.

Dalam posting itu, TokTi berkata dia bukanlah marah namun lebih kepada cemas jika ada masalah teknikal dalam Konsert Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga memohon agar orang ramai khususnya peminat untuk tidak membuat spekulasi berkenaan isu tersebut.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.