Kalau anda sedar kebanyakan budaya di Asia ini jenis tak pakai kasut dalam rumah, jadi mereka yang melancong ke negara kita ini pastinya kena ikut budaya di sesuatu tempat itu sebagai tanda hormat jika berada di tempat orang.
Tapi lain pula dengan wanita yang dikenali sebagai Margaret ini, bagi mereka arahan tanggalkan kasut dalam rumah ini satu layanan biadap buat tetamu. Malah dia siap kutuk lagi secara online dengan menulis ‘I Think It’s Rude To Ask Guests To Take Off Their Shoes – Here’s Why‘ pada tahun lepas.
Nak tahu hanya disebabkan apa?
Hanya disebabkan outfit dia tak nampak lengkap tanpa kasut
Kini artikel ini sudah mula tersebar di alam maya dan kebanyakan warga Asia bengang bila membacanya. Ini respon mereka.
Disebabkan itu, terus ada satu info baru yang mereka dapat bahawa tanggalkan kasut sebelum masuk rumah ni bukan je budaya Asia, tapi budaya lain diseluruh dunia pun. Orang barat sendiri kecam Margaret.
Jadi, ternyata budaya tanggalkan kasut dalam rumah ini bukanlah satu perkara aneh, bahkan ada sahaja orang barat yang mempreaktikkannya untuk jaga kebersihan. Biasalah kita kat tempat orang kenalah hormat. Sebenarnya pertikaikan budaya orang tu yang lebih biadap kan?