Tengah musim exam dan peperiksaan akhir tahun ni, para pelajar mestilah dah bersiap sedia dengan alat tulis macam pen, pensel, pemadam dan lain-lain kan. Tapi masa membeli pen tu, hati-hati jangan terbeli pen yang satu ni!
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang pelajar nyaris fail peperiksaan percubaan SPM Bahasa Melayu sebab kertas peperiksaannya tetiba jadi kosong masa cikgu nak menanda markah. Adoi magik ke apa tetiba kertas exam jadi kosong ni?
“Cikgu tanya kenapa tak jawab langsung paper BM ni, sedarlah SPM nak dekat katanya…”
Tengah cikgu-cikgu sibuk menanda kertas peperiksaan, tiba-tiba terjumpa pulak satu kertas exam yang kosong tanpa jawapan. Jadi cikgu ni pun panggillah pelajar bernama Paan dengan ni niat nak bagi ceramah dan kesedaran yang SPM dah nak dekat.
Tapi yang mengejutkan, Paan jawab semua soalan. Kenapa kertas jadi kosong?
“Then aku tergerak hati nak tengok pen b*ngsat tu. Masa tengok rupanya dia ada pesan, jangan guna pen ni time exam. Kalau tak…”
Stress sebab bakal fail peperiksaan percubaan SPM, Paan ni tergerak hatilah nak periksa pen yang digunakan masa exam. Terkejut rupanya pen tu ada bagi disclaimer untuk jangan guna masa exam. Ink pen tu boleh hilang dengan tiba-tiba. Nasib baiklah ada cara nak kembalikan ink tu.
“Ni pen tu… rasanya mana-mana outlet macam Popular, Pustaka Seri Intan, Syarikat Muda Osman ada kot”
Bagi korang yang tertanya-tanya apakah jenama pen tu dan macam rupanya. Haa inilah pen sakti tu yang boleh hilangkan ink secara tiba-tiba.
Menurut tweet tersebut, pen ni jenama Pilot dan dipanggil Friction Ball. Hampir kesemua outlet kedai buku kat Malaysia ni ada jual. Kalau dakwatnya terkena panas, serta merta ink yang melekat kat kertas tu boleh hilang. Tapi ink tu boleh recover balik kalau suhu -4 darjah ke bawah.
Sebagai peringatan kepada pelajar SPM, universiti dan lain-lain kat luar sana, elakkanlah dari menggunakan pen ni walaupun sekadar nak tulis nota. Tak ke naya kalau tiba-tiba nota jadi kosong semua? Kalau korang duduk negeri sejuk takpelah. Ini duduk kat Malaysia, memanglah panas memanjang.
Take note ye gaiss!
Baca: Masa Depan Gadis Cemerlang 7A SPM Ini Suram Sebab Tak Ada Kad Pengenalan