“Aku tau tido je” – Ini 5 Fasa Yang Korang Lalui Sebelum Dibuai Mimpi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tidur adalah rutin harian yang menjadi kewajipan untuk semua. Tidur yang lena menjamin kecergasan pada keesokkan harinya.

Tapi korang tahu tak ada 5 fasa yang korang akan lalui sebelum lena dibuai mimpi indah, seram, atau ngeri. Meh sini kami nak share

Fasa PertamaTidur ringan ni admin rasa macam tidur-tidur ayam kot. Bunyi sikit barang jatuh terus terjaga. Takpun macam tidur time dengar khutbah jumaat atau tidur dalam lecture hall waktu dekat universiti dulu. Kita dengar apa yang orang kat depan bercakap, tapi… tu lah, separa sedar.

Fasa KeduaFasa kedua ni memang tak boleh buat apa dah. Kadang-kadang tu kalau penat sangat, cepat je masuk fasa kedua ni. Memang tak fikir apa dah masa tu. Kat sini lah kalau orang kejut kita tu kita akan mamai sampai buat benda atau cakap pelik-pelik. 

Fasa KetigaYes fasa ni lah yang semua orang look forward waktu petang-petang sebelum balik kerja. Tidur sampai berdengkur tak ingat kat orang sekeliling dah. Orang tegur suruh diam pun buat taktau je.

Fasa KeempatWah lepas sejam baru sampai deep sleep. Otak pun dah minimum dah time ni. Dah tak hairan apa orang nak cakap dah. Tunggu nak masuk ke alam mimpi je.

Fasa Kelima

Rapid Eye Movement (REM). Fasa paling best sebab dah nak start mimpi

Oh rupanya otak berjalan lagi pantas time mimpi. Tapi tu lah kadang-kadang kita ingat mimpi tu. Tapi selalunya confirm lupa apa yang kita mimpi. Just ingat samar-samar je. Yang boleh ingat cuma moment mimpi je. Ni kalau orang kacau time mimpi best ni boleh buat gaduh ni.

 

Baca: ”Dah cakap dah rokok tu membunuh” – Rumah Terbakar, Lelaki Ini Hampir Mati Sebab Dia Tertidur Masa Tengah Merokok

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.