Siapa yang masih ada ibu dan ayah tu patut rasa bersyukur dan rajin-rajinlah luangkan masa dengan mereka sebab takut bila mereka dah tak ada nanti, kita pula yang menyesal di kemudian hari.
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang lelaki bernama Hakim meluahkan rasa kesal kerana tidak meluangkan banyak masa bersama ayahnya. Malah lebih menyedihkan lagi, Hakim hanya sempat bercakap 18 saat je dengan ayahnya, sebelum lelaki itu meninggal dunia tak lama lepas tu. Allahuuu…
“Dia call aku, hang tau tak aku cakap dengan dia 18 saat je?? Hang tau tak aku tak cakap terima kasih pun???”
Sebab itulah kata orang, terlajak perahu boleh undur lagi. Tapi dah kalau terlajak masa dan perbuatan… memang tak ada benda dah yang kita boleh buat. Menurut Hakim, sebelum ayahnya ‘pergi’, lelaki itu ada menelefonnya untuk beritahu yang duit dah dimasukkan ke dalam akaun si anak.
Tapi Hakim pulak yang tengah sibuk buat benda lain pada masa tu, tak sempat nak melayan ayah dan ucapkan terima kasih. Perbualan mereka pun berakhir dalam tempoh singkat je, 18 saat.
“Lepas habis call tu, ayah aku sakit, tak sedar kat hospital 3 hari… and dia pergi…”
Cerita Hakim lagi, sejak dari call 18 saat tu, dia memang tak call ayahnya balik dan tup-tup lepas tu ayahnya jatuh sakit selama 3 hari dan meninggal dunia. Disebabkan hal ini, Hakim rasa menyesal sangat dan minta netizen lain hargailah calls yang korang dapat daripada parents.
Mana tahu itulah call terakhir yang korang terima daripada mereka? Uhuhu…
“Take this as a life lesson yang akan lebih menguatkan kamu untuk hadapi dugaan” – Netizen
Rata-rata netizen bersimpati dengan ujian yang menimpa Hakim dan memberi kata-kata semangat supaya lelaki itu move on serta ambil perkara ini sebagai salah satu pengajaran berguna dalam hidup.
Takziah dan Al-Fatihah buat ayah Hakim. Sama-samalah kita ambil perkara ni sebagai pengajaran besar dalam hidup dan jangan sekali-kali abaikan ibu dan ayah.
Baca: “Saya Berasa Sangat Menyesal Kerana Meninggikan Suara Kepada Ayah”