Ketika seorang wanita dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu, Sabah, wanita ini berhenti di sebuah stesen pam petrol untuk ke tandas kira-kira jam 12.50 pagi, wanita ini telah menjadi mangsa intipan seorang pemuda.
Perkara itu terjadi apabila dia mula perasan salah satu pintu di tandas itu terkunci, pada mulanya dia ingatkan bahawa pihak pengurusan di stesen petrol tersebut yang menguncinya.
“Saya pergi ke tandas paling hujung. tapi malangnya tandas tersebut terkunci, mulanya saya berfikir pihak P*******s mengunci tandas tersebut”.
Menurutnya tandas tersebut memang sunyi dan ia membuatkan hati wanita ini jadi tidak tenteram. Oleh itu cuba menoleh ke atas dan mendapati bahawa ada kamera telefon menghala tepat arahnya.
“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat camera telefon menghala tepat ke arah saya..saya sempat teriak hoiii!!”
“Lepas tu saya cepat-cepat bersiap untuk pergi sebelah dan paksa orang tersebut keluar. namun tiada respond.”
Wanita ini bertindak untuk menendang pintu tandas beberapa kali sampai terbuka, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati individu yang merakam dirinya adalah seorang lelaki berumur 20 tahun.
Kami terus bawa ke balai polis ranau untuk tindakan selanjutnya..
dan video tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk dijadikan bahan bukti
— Samudera.my (@MySamudera) May 4, 2023
Perkongsian yang telah meraih lebih daripada 6,000 jumlah retweets ini telah membuatkan ramai netizen bimbang dan risau untuk ke tempat awam malah, ada juga yang ambil perkara ini sebagai ikhtibar untuk lebih berhati-hati.
Kena pakai payung bila masuk toilet – Netizen
Zaman sekarang orang pervert merata-rata jadi harap dapat lah ambil langkah berjaga-jaga terutamanya dalam kalangan wanita, tapi min salute dengan cara si mangsa ini begitu berani untuk ambil tindakan.
Baca : [VIDEO] Wanita Terkedu Tengok Ada ‘Benda’ Mengintai Dari Celah Pintu Masa Menginap Di Hotel