Perkongsian video 30 Hari 30 Resipi oleh pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming, sememangnya sentiasa dinantikan dan menjadi perhatian ramai setiap kali tibanya Ramadan.
Namun, Ramadan kali ini bukan sahaja siri 30 Hari 30 Resipi yang mencuri tumpuan, malah video lama beliau menari dengan gaya santai dan penuh yakin ketika zaman universitinya turut kembali tular.
Rakaman tersebut memaparkan beliau bersama rakan sekampus membuat persembahan sehingga ada warganet yang menghasilkan parodi berdasarkan gerak tariannya.
Pemilik restoran Rembayung itu bagaimanapun tidak melatah meskipun video ketika beliau menuntut di Vanderbilt University, Amerika Syarikat menjadi bualan ramai.
Tidak kurang juga, ada yang berseloroh menyifatkannya sebagai ‘aib’.
Menurut Khairul Aming atau KA, persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada program kampus yang memerlukan beliau dan pelajar Malaysia lain mempersembahkan tarian kebudayaan sebagai usaha memperkenalkan budaya tanah air kepada masyarakat antarabangsa.
@butterrrrflys
Artikel berkaitan: “Memang kita kerja pergi kedai je” – Netizen ‘Geram’ Dengan Kerenah Khairul Aming Kongsi Resepi
Artikel berkaitan: Elak ‘Scammer’ Khairul Aming Mohon Pelanggan Yang Berjaya Tempah Slot Rembayung Agar Tidak Kongsi ‘Screenshot’
Dengan itu, KA menggalakkan adik-adik yang masih berada di institut pengajian tinggi untuk bergiat aktif menyertai aktiviti kampus kerana aktiviti tersebut membolehkan pelajar untuk menimba pengalaman menjadi pemimpin.
@haniff_hanafy The positivity of @khairulaming.
Tambahnya lagi, aktiviti ketika zaman pengajiannya juga lah yang membantu KA untuk menguruskan ratusan kakitangan di restoran dan kilangnya.
Sumber: TikTok
