in

“Aku ingat cucu yang aku bela”-Sebak! Ramai Rindu Nenek Lepas Lihat Momen ‘Hulur’ Duit Pada Cucu Ini

Cats 95

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang perasan, nenek-nenek ini ada satu sifat yang diorang suka memberi dekat cucu-cucu dia. Kalau tak bagi makanan, mesti nenek bagi duit pula. Boleh katakan semua nenek macam ni lah.


Bukan apa, kadang-kadang dengan cara itulah diorang nak tunjukkan kasih sayang diorang dekat cucu-cucu. Tiba-tiba rindu pula nenek dekat kampung.

 

Nenek asyik hulur duit

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh official_senyumss di Tiktok baru-baru ini, korang dapat perhatikan yang nenek dia seakan-akan sudah terbiasa hulur duit kepada cucu kesayangan dia itu.

@official_senyumss

Aku nak menangis tapi aku tahan,doakan tokwan aku sentiasa sihat?? #fyp #fypシ #esekeli

♬ nhạc nền – Chill Uot Lofi – Chill Uot Lofi

Di caption video tersebut, lelaki itu beritahu yang nenek dia pada awalnya sudah bagi dekat dia RM 10. Tapi, secara tiba-tiba nenek dia menghulurkan lagi duit tapi kali ini makin banyak pula iaitu RM 50.

“Bukan dah bagi ke tadi?

Nenek kepada lelaki itu sempat bergurau kononnya nak ambil semula duit itu selepas cucu dia macam nak tak nak ambil duit yang dia hulur itu.

Bela Cucu 1

Namun, suasana menjadi sebak apabila neneknya menyatakan bahawa dia akan sentiasa ingat cucu yang dia jaga sejak kecil.

“Aku ingat cucu yang aku bela dulu.”

Cucu Bela

Mendengar luahan hati neneknya itu, lelaki tersebut cuba untuk tahan diri daripada menangis dan memohon orang ramai untuk sentiasa mendoakan kesihatan nenek dia.

 

Ramai yang rindu nenek diorang

Di ruangan komen, rata-rata netizen sebak bila dengar luahan hati nenek tersebut. Ramai juga yang tiba-tiba teringat dekat nenek diorang lepas tengok video itu.

Whatsapp Image 2021 06 25 At 5.21.53 Pm

Nenek mana yang tak sayang cucu dia, betul tak? Doa-doa la keadaan negara kita cepat pulih. Sebak pula sebab dah lama tak jumpa nenek dekat kampung.

 

Sumber: official_senyumss

Baca:”Habis baju aku kau pakai”- [VIDEO] Cucu Lelaki Menari Pakai Baju Nenek, Sekali Kantoi Dengan ‘Owner’ Pulak

Capture 64

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.