Biasanya kalau sesuatu pasangan itu putus cinta dengan cara baik, pasti akan diminta minta halal dan halalkan segala apa yang pernah diberi dan terus move on. Tapi ada juga yang jenis buruk siku.
Cuma dalam kes ini, dia datang minta balik lepas 3 tahun malah wanita yang dikenali sebagai Tracy ini pun mengatakan bahawa dia dan lelaki tersebut, Peter (bukan nama sebenar) tidak pernah menjalinkan hubungan apa-apa pun! Nak tahu apa cerita? Teruskan membaca..
Datang contact balik sebab ada masalah bisnes
Menurut Tracy, Peter tiba-tiba menghubunginya untuk meminta semula wang yang bernilai RM1,000, wang itu diberikan dalam Angpow sempena hari jadinya pada waktu itu.
“Aku ada masalah sikit dengan bisnes aku dan memandangkan kita ni kawan je, kau boleh pulangkan balik duit RM 1,000 tu.”
Walaubagaimanapun, ketika Tracy menerima mesej ini, dia sedang memandu dan tidak balas terus mesej daripada Peter. Tetapi, Tracy terus hubungi kawan baiknya untuk maklumkan hal ini dan kawannya itu terus memberikan soalan sinis kepada Peter.
“Pernah dengar tak orang yang jenis minta balik hadiah lepas dia dah bagi kat orang tu?” Peter dengan selamba menjawab. “Ya”.
Tanpa fikir panjang, Tracy terus meminta nombor akaun, malah Peter juga dilihat tidak menyempat terus tanya bila Tracy akan pulangkan.
Kata Tracy kepada WORLD OF BUZZ, Peter itu bukan lah bekas teman lelaki, tapi Peter sebelum ini ada crush dekat Tracy . Peter ada meluahkan kepada Tracy yang dia ada jatuh hati kepadanya pada 3 tahun lepas tetapi Tracy menolaknya. Bahkan, Tracy juga pernah cuba nak pulang duit Angpow itu sebelum ini tapi Peter tak nak.
Berbalik kepada cerita tadi, selepas Tracy memulangkan duit Peter, Tracy sempat memberikan satu nasihat dan pesanan makan dalam kepada Peter.
“Lain kali, jangan berikan apa-apa kepada seorang gadis jika kau cuba nak propose dia jadi girlfriend. Ada benda tidak boleh dipulangkan sebaik sahaja ia diberikan. Lawak lah kau minta balik duit itu sedangkan kau bagi dekat aku masa tu dengan rela hati.”
Dalam pada itu, Tracy juga mengatakan bahawa selepas dia pulangkan wang tersebut, Peter terus mendiamkan diri. Dalam pada itu, menerusi Facebook miliknya, Tracy menegaskan bahawa orang lelaki sepatutnya perlu ada maruah dan jaga air muka.
Malah Tracy juga mengingatkan kepada orang ramai bahawa jika mereka mempunyai niat untuk minta balik pemberian hadiah daripada orang yang dia dah bagi, adalah lebih baik jika tidak perlu lagi memberikan hadiah kepada orang.
Baca : Perbezaan ‘People Pleaser’ Dengan Orang Yang Baik, Anda Yang Mana Satu?