in

Akibat Covid-19, Seramai 75,000 Graduan Terjejas Dapat Kerja Dalam Tempoh 6 Bulan Selepas Tamat Pengajian

Feat 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Covid-19 sehingga kini telah mencatatkan lebih 33 juta kes di seluruh dunia dengan sejuta kematian.


Statistik itu nyata menakutkan rakyat di negara terjejas, bukan itu sahaja kerajaan juga perlu mencari jalan untuk memulihkan kembali ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik itu.

Terbaru, menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad…

Kira-kira 25 peratus atau 75,000 graduan tahun ini diunjurkan terjejas untuk mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas mereka tamat pengajian akibat pandemik Covid-19.

Malah Kajian Pengesanan Graduan 2019 yang dilakukan oleh kementerian itu mendedahkan 41,161 graduan tahun lepas masih belum bekerja.

https://giphy.com/gifs/graduation-knights-ucf-3ov9jJz4zLRkLNO7UQ

Jika ditambah dengan unjuran semasa, dilaporkan sebanyak 116,161 graduan yang tidak mendapat pekerjaan dan perlukan perhatian untuk kebolehpasaran mereka, lapor mStar.

Datuk Noraini juga berkata kajian tersebut juga menunjukkan 189,543 graduan pada tahun lepas berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas mereka tamat pengajian.

 

Baca : Graduan Master Berhenti Kerja Sebagai Saintis Demi Menjadi Badut Untuk Hiburkan Anak Yatim, Pesakit

Baca 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.