in

Ajak Celebrate Birthday Walaupun Dah ‘Reject’ Banyak Kali, Lelaki Kena ‘Pow’ Hampir RM 1,000 Walaupun Cuma Makan Burger

Burger

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang lah kalau bab makan tu jangan nak berkira, tapi kenalah beragak kalau dah sampai kena ketuk hampir-hampir 4 angka tu, melampau lah namanya.


Macam kes yang terjadi ni, harap korang dapatlah jadikan pengajaran supaya jangan sewenang-wenangnya ikut orang dan tengok tahap kemampuan kita, nak meroyan tayang media sosial lepastu diri sendiri ‘terciduk’.

 

Dedahkan lelaki kononnya kedekut untuk bayar bil makan.

Sebelum tu, min nak jelaskan yang kes ni tak ada kaitan nak menyebelahi lelaki mahupun perempuan.

Dalam satu perkongsian yang viral semalam (6 Oktober) seorang wanita yang dikenali sebagai Liddy ada buat satu perkongsian di media sosial dengan mendedahkan bahahwa seorang lelaki yang enggan nak split bill lepas join dalam satu gathering makan malam untuk buat birthday party.

120703567 3554287997943065 414380574234394121 N

Menurut Liddy yang merupakan kawan kepada birthday girl ini, lelaki tersebut nak join birthday party tu sebab nak cuba dekat-dekat ataupun mengurat birthday girl tu. Lapor WORLD OF BUZZ

Jadi menurut apa yang diceritakan oleh Liddy, selepas habis semuanya, masing-masing bersetuju nak ‘split bill’ mengikut jumlah orang yang ada join masa tu.

Tapi, lelaki yang dikatakan dah janji nak bayarkan bahagian birthday girl tersebut tak bersetuju dan nak bayar bahagian yang dia order je.

“Kalau kau tak mampu nak makan, tak payah nak beria kata nak bayarkan dia. Bukannya kitaorang tak boleh bayarkan. Kalau nak cuba mengurat perempuan bukan macam ni caranya.”

Disebabkan dah viral, lelaki itu terpanggil dan tampil beri respon untuk menceritakan hal sebenar.

Fitnah semata-mata!

Ketahui bahawa dirinya telah difitnah, lelaki itu kongsikan beberapa gambar screenshot dedahkan perkara sebenar yang terjadi dan ianya adalah.

1. Dia tak nak pun mengurat perempuan tu
2. Birthday girl sendiri yang desak untuk dia join walaupun dah reject banyak kali.

Gambar2

Menurut lelaki tersebut, dia pada awalnya enggan menghadiri birthday party itu kerana dia tidak mengenali rakan-rakannya dengan rapat. Namun, setelah dia terus mengundangnya beberapa kali, dia akhirnya bersetuju.

Disebabkan itu, berlaku lah drama antara birthday girl ini dengan rakan-rakannya.

Kena bayar hampir RM1,000 untuk satu burger?

Ceritanya begini, lelaki itu hanya order burger dan air sahaja dimana semuanya berjumlah RM80+ sementara 7 lagi orang lain order makanan mahal-mahal dan alkohol.

Walaubagaimanapun, ketika waktu nak bahagikan bayaran, lelaki itu diarahkan untuk membayar RM460 sebab dikira bayar sama rata.

Tak cukup dengan tu, dia diarahkan bayar lagi RM460 (kena bayar double) sebab kononnya lelaki itu kena bayarkan untuk birthday girl sekali.

Dia pun tak puas hati kenapa kena bayar sampai hampir RM1,000 padahal dia langsung tak ‘minum’ dan add-on sebarang makanan.

“Aku bukan berkawan dengan korang sangat, aku ni outsider kot” katanya.

Gambarresit

Gambar3 Gambar4

Katanya lagi, kalau dia tahu kena bayar banyak tu, dia takkan bersetuju nak hadir.

“Kalau kawan korang tak mampu, lepastu pergi order sampai jadi beribu-ribu, lepas tu suruh split bill. Kau ingat aku bodoh?”

Gambar5

Pendedahan itu mendapat perhatian netizen dan wanita yang dikatakan ‘cari pasal’ itu kena bash teruk.

Salah birthday girl?

Selepas post itu hangat dan Liddy dikecam teruk, dia kemudiannya hubungi birthday girl, Carmay dan menjelaskan keadaan sebenar.

Maka, wujud lah drama si Liddy dengan Carmay ni.

Gambar6 1 Gambar7 1

 

Baca : “Ramai tak pakai mask, tak jaga social distance” – Usain Bolt Positif Covid-19 Seminggu Lepas Buat ‘Birthday Party’

Party

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.