in

“Aina pula kekurangan dia adalah dari segi pengalaman” – Ajai Jelaskan Kenapa Hafiz Layak Menang Vokal Terbaik

Ajaiajl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun AJL 34 telah melabuhkan tirai, bahangnya masih lagi dirasai apabila ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemenagan Hafiz Shuip sebagai Vokal Terbaik.


Disebabkan itu, ketua juri, Ajai menegaskan pemilihan Hafiz Suip sebagai pemenang anugerah vokal terbaik adalah tepat.

 

Penyanyi stop sekejap kemudian kembali dengan feeling yang sama – Ajai

Maxresdefault 1

Menerusi Astro Gempak, kehebatan vokal Hafiz tidak dapat sampai ketahapnya oleh ramai penyanyi.

Ketika dia berhentikan muzik, dia akan tampil semua dengan nada dan feel yang sekata dan ia merupakan satu perkara yang hebat, tak ramai penyanyi yang boleh buat.

“Bila muzik tu diberhentikan, penyanyi stop sekejap kemudian kembali dengan feeling yang sama, hanya mereka yang terpilih sahaja mampu buat begitu” 

Tambahnya lagi, Ernie Zakri dan Aina Abdul juga mempunyai kualiti vokal yang bagus pada malam itu. Ajai tidak menafikan bahawa kemahiran teknikal Ernie memang hebat.

Bahkan Aina juga, namun bagi Ajai kekurangan Aina adalah dari segi pengalaman.

Maxresdefault 2

“Aina pula kekurangan dia adalah dari segi pengalaman. Mungkin lepas ni kalau dia banyakkan lagi menyanyi di pertandingan berprestij seperti ini, ruangan vokal Aina akan lebih berani”

Selaku pemenang vokal terbaik menerusi lagu Kisah Cinta Kita, Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi.

Selain Ajai selaku ketua juri, AJL34 turut diadili barisan tenaga profesional dan berpengalaman seperti Datuk Wah Idris, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Altimet dan Cat Farish.

 

Baca : “Tudung mana makcik?” –  A Aida Buka Tudung Di Majlis AJL34, Terima Kritikan & Pujian Daripada Netizen?

Aaida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.