Menangis merupakan salah satu emosi biasa yang dilakukan oleh mana-mana manusia normal. Kadangkala, ada yang menangis sebab sakit dan ada juga yang terkeluar air mata sebab banyak sangat ketawa.

Disebabkan emosi ini merupakan satu tindak balas normal badan seseorang manusia, jadi tak logiklah kalau kita dikenakan bayaran hanya sebab kita menangis, kan? Habis tu, kalau yang jenis hati tisu, memang dah kena standby wallet nak bayar everytime menangis? Pokai lah jawabnya!
Memetik laporan Mirror, seorang wanita warga Amerika Syarikat mendakwa dia telah dikenakan caj bayaran USD$11 (RM46) hanya kerana menangis semasa menjalani pembedahan membuang tahi lalat.
Caj kerana menangis itu ditulis dalam resit sebagai ’emosi seketika’.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Midge menerusi akaun Twitternya telah berkongsi resit dakwaan terbabit dan ia telah menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain.
Memetik portal Kosmo, seorang netizen mengecam tindakan pihak hospital terbabit dan menyifatkannya sebagai satu perbuatan yang licik.
“Mereka kenakan bayaran untuk mengaut keuntungan. Sangat licik! Mereka juga akan menambah caj tambahan seperti ini ke dalam bil bila mereka bertanya sama ada anda mengalami tekanan atau tidak kebelakangan ini.”
Selain itu, terdapat beberapa pengguna laman sosial membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pengalaman dimana mereka juga dikenakan caj tambahan yang dianggap tidak masuk akal.
“Saya terjaga ketika mereka mencabut gigi geraham saya. Pihak klinik kenakan caj tambahan untuk ubat bius yang diberikan sebab saya terjaga,” tulis seorang pengguna.
Seorang netizen pula berkongsi, dia pernah dikenakan caj ‘bantuan emosi’ selepas mengalami sawan.
“Bila saya tanya mengenai bayaran tambahan itu, mereka beritahu yang saya memerlukan bantuan ketika itu,” katanya.
Baca: ‘Influencer’ Belanja RM623k Buat Pembedahan Plastik Agar Rupa Macam Jimin BTS