in

Ahli Parlimen Thailand Kantoi Tengok Gambar Wanita ‘Topless’ Ketika Dalam Sidang Dewan

Thai5

Ahli parlimen Thailand dari parti Palang Pracharath, Ronnathep Anuwat ‘kantoi’ sedang zoom in gambar wanita separuh bogel ketika dalam sidang dewan yang berlangsung semalam (16 September 2020), katanya wanita topless dalam gambar itu

Menurut BBC Thai, seorang wartawan berjaya merakam kelakuan ahli parlimen tersebut zoom in zoom out gambar wanita tersebut sehingga dalam 10 minit.

Thai

Bagaimanapun, Ronnathep mendakwa bahawa dia tak kenal siapa gerangan wanita di dalam gambar tersebut kerana dakwanya lagi wanita itu mungkin ada minta pertolongan daripadanya menerusi gambar tersebut.

Thai3

Tambahnya lagi, dia kini cuba kaji selidik motif gambar itu dihantar dan terus padam gambar tersebut apabila mendapati bahawa wanita itu hanya mahukan wang.

Malah, tujuan dia zoom in zoom out itu adalah untuk perhatikan jika wanita itu mungkin dipaksa oleh kumpulan samseng.

Thai2

“Saya perhatikan sekeliling gadis itu dalam gambar untuk menentukan samada dia diganggu oleh beberapa samseng dan dipaksa untuk mengambil gambar seperti ini atau tidak,” menambah bahawa dia sudah menjelaskan semuanya kepada parti.”

Ronnathep juga mendakwa bahawa dia menjadi sasaran pesaing politik yang ingin menjatuhkannya dan menegaskan bahawa dia difitnah kerana dia mempunyai banyak lawan dalam dunia politik.

Thai4

Berikutan kejadian itu, Speaker Chuan Leekpai hari ini (17 September) mengatakan bahawa Ronnathep tidak akan dihukum kerana melihat gambar yang tidak sesuai di telefonnya semasa parlimen adalah perkara peribadi.

 

Baca : [Video] DS Hishammuddin Minta Maaf Lepas Terkantoi Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat

Vape

Sumber: BBC Thai
Sumber: BBC Thai
Sumber: BBC Thai
Sumber: Bangkok Post