Sebentar tadi, tular video Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein hisap vape semasa sidang parlimen sedang berlangsung.
Video tersebut menunjukkan Hishammuddin curi-curi hisap vape sambil memakai pelitup muka semasa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sedang berhujah.
Video berdurasi 8 saat ini dipercayai diambil pada sidang parlimen Isnin lepas. Kalau korang tak tengok lagi, korang boleh tengok video dekat bawah ni.
Adoiii buat hal betul laa 😂😂😂 pic.twitter.com/TA9B1HF23l
— Mhd Shamin (@shamienhereyo) August 6, 2020
Menerusi Twitter peribadi, Hishamuddin sendiri telah meminta maaf atas tindakannya itu dan mengatakan yang dia tak sedar akan perkara tersebut.
Sorry, I didn't realise – it's a new habit. I apologise to the Dewan and promise to not do it again 😔 https://t.co/2BdUl6D9K2
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) August 6, 2020
Dia juga turut berjanji tak akan mengulangi perkara ini lagi.
Maaf, saya tak perasan – ini habit baru saya. Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tak akan buat lagi.”
Macam yang korang semua tahu, merokok adalah dilarang di dalam parlimen dan peraturan ini telah diperketatkan lagi semasa negara di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.
Kalau peraturan ini gagal dipatuhi, pesalah boleh dikenankan kompaun maksimum RM500 dan boleh didenda lebih RM10,000 atau penjara dua bulan atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, MP Kluang, Wong Shu Qi meminta Hishammuddin untuk membuat permohinan maaf rasmi di dalam Dewan Rakyat, lapor The Star.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat pula mengatakan yang dia akan mengambil perhatian atas perkara ini.
Makan dalam dewan teruk ke vaping teruk? Tanya je…