in

Ahli Gim Fitness First Platinum Cawangan Aeon Bukit Tinggi Klang Disahkan Positif Covid-19

Page 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cawangan Fitness First di pusat membeli belah Aeon Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini melaporkan yang salah seorang dari ahlinya telah disahkan positif Covid-19 pada hari Ahad, 11 Oktober.


Dalam kenyataan, Fitness First mengatakan yang ahli tersebut telah pergi ke gim tersebut pada 3.21 petang 6 Oktober lalu dan tak tunjukkan apa-apa simptom semasa saringan kesihatan dilakukan sebelum memasuki premis.

Pun begitu, menurut Sin Chew Daily, ahli ini tak terlibat dengan senaman berkumpulan ketika itu dan hanya bersenam seorang diri pada hari tersebut.

Dia hanya tunjukkan simptom virus pada 8 Oktober dan ambil ujian Covid-19 sebelum disahkan positif tiga hari kemudian. Pesakit tersebut kini sedang menjalani rawatan di hospital.”

Screenshot 271

“Kementerian kesihatan telah menghubungi kami hari ini dan mengesahkan kes yang melibatkan salah seorang ahli. Kelab kami di Bukit Tinggi akan menjalani proses pembersihan dan sanitasi petang ini dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Seperti yang dinasihatkan oleh KKM, semua staf yang bekerja ketika hari kejadian akan membuat kuarantin di rumah dan dihantar untuk saringan.”

Untuk ahli-ahli yang berada di lokasi tersebut pada hari tersebut pula akan dihubungi secepat mungkin.

 

Baca: Mid Valley & The Gardens Mall Pula Catat Kes Covid-19 Lepas Staf Disahkan Positif

Wob 009 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.