in

Agong Sekali Lagi Minta Parlimen Diadakan Secepat Mungkin

Collage 77

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Datuk Azhar Azizan Harun berserta Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Dato’ Seri Haji Mohamad Ali, Dato’Haji Mohd Rashid dan Dato’ Sri Azalina telah pun menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Untuk pengetahuan korang, ini adalah susulan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun lalu.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadli Shamsuddin menerusi Facebook Istana Negara, YDP Agong sekali lagi berpendapat bahawa parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Yang Di Pertuan Agong

Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin mengikut garis panduan dan SOP Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan dan Parlimen Malaysia.”

Titah Baginda, ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

 

Baca: “Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin” – Agong

Screenshot 2021 06 29 At 2.35.47 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.