in

Agong Cadang Pelantikan Ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Tidak Dibuat Oleh PM

Ft Anwar Agong Jac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Raja-raja telah menggesa agar perlantikan lima Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) tidak dibuat oleh  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menurut Kosmo! Dalam perutusan  Pengerusi Mesyuarat Raja-raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir bertitah bahawa proses pelantikan hakim di Malaysia mempunyai kelemahan pada waktu ini dan boleh diperbaiki.

Screenshot 2022 11 30 184352

“Untuk memastikan JAC bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli JAC tidak dibuat oleh Perdana Menteri sebaliknya diberikan kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sana, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.”

“Dengan kaedah ini, keanggotaan JAC akan lebih seimbang, dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak,” titah Baginda selepas Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-260 yang berakhir hari ini.

Titah baginda lagi, JAC memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan pelantikan hakim dan keanggotaan JAC adalah kritikal untuk memastikan ianya terus berkemampuan untuk mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.

“Beta juga mencadangkan supaya struktur JAC turut dinilai semula dengan rundingan dibuat antara kerajaan, ahli JAC sedia ada dan badan-badan guaman serta institusi lain yang relevan.”

“Beta juga yakin JAC akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta pelantikan hakim-hakim di Malaysia adalah dalam kalangan individu yang berkeperibadian mulia, telus dan adil.”

Baca : Ugut Nak Ancam Agong di IG Story, Lelaki Ditahan Polis

Ft Agong Adakan Perbincangan Khas Raja Raja Melayu

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.