in

Ugut Nak Ancam Agong di IG Story, Lelaki Ditahan Polis

Ft Lelaki Ditahan Ancam Agong

Dalam kemelut pasca Pilihan Raya Umum ke -15 ini, banyak kita dapat lihat pendapat masing-masing di media sosial, ada yang memberikan pandangan, ada juga yang buat petisyen dan ada juga yang marah kerana status masih lagi tergantung sampai 4 hari kerana dah masuk campur tangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Malah ada juga yang menzahirkan rasa marah sehingga melampaui batas! Terbaru, tular di media sosial berkenaan dengan status IG Story daripada seorang individu yang memberikan kenyataan berbaur ancaman kepada Agong.

 

Dah kena tahan

Dalam perkongsian itu, lelaki tersebut memberikan kenyataan bahawa dia sebagai rakyat tidak berkenan dengan seluruh kerabat di raja.

Malah, dia juga ada mengeluarkan satu kenyataan berunsurkan ugutan bunuh terhadap Agong sambil meletakkan gambar foto baginda.

Screenshot 2022 11 23 130323

Ekoran dengan ketelanjurannya dalam memberikan kenyataan tersebut tular, Harian Metro melaporkan bahawa lelaki tersebut dikatakan telah ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

Baca : PRU15: BN Mohon Tangguh Menghadap Agong Hari Ini, Kekal Tak Sokong PH & PN

Bn Minta Tangguh Jumpa Agong

Sumber: Twitter