in

“Agak-agak baju dorg colour apa?” – Sekolah Akan Buat ‘Pertubuhan Baru’ Untuk Pastikan Pelajar & Guru Patuh SOP!

Featured Image 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, semalam mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah telah ditetapkan pada 24 Jun depan.


Namun ianya melibatkan murid yang akan hadapi peperiksaan awam seperti SPM, STPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Sekolah5

Oleh itu,untuk memastikan semua pelajar dan guru patuh SOP yang diberikan. Kementerian Pelajaran Malaysia menyarankan agar setiap sekolah menubuhkan satu pasukan khas tindak balas, lapor Awani.

Pasukan ini akan memantau semua orang di sekolah itu agar mematuhi SOP yang ditetapkan, sepanjang tempoh PKPP di laksanakan.

Sekolah2

Sekolah3

Difahamkan, pembukaan semula ini akan melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah. Muridnya terdiri daripada kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa.

Hal ini telah disokong oleh Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Samsilah Roslan. Katanya, pertubuhan ini penting bagi memastikan tindakan segera dapat diambil jika berlaku sebarang kejadian tak diingini termasuk pelanggaran SOP.

Sekolah6

Ini bertujuan memastikan setiap langkah yang diambil adalah untuk mengelakkan wujudnya kluster baharu selepas sesi pesekolahan dibuka pada dua minggu lagi”Prof Dr Samsilah Roslan

Dalam masa yang sama juga, beliau merasakan kemungkinan akan wujud satu kluster baharu selepas sesi persekolahan dibuka.

Itu pun, jika sekolah itu lemah dalam mematuhi SOP yang diberikan.

Kalau wujudnya pertubuhan ini memang bagus, sebab fokus dorang hanya pada SOP dan juga COVID-19. Mungkin guru boleh jadikan pengawas di sekolah sebagai ahli pertubuhan.

 

Baca: [TERKINI] Pelajar SPM & STPM Mula Sekolah 24 Jun Yang Lain Belajar Di Rumah Dulu

Annotation 2020 06 11 104113

Sumber: pmo.gov
Sumber: pmo.gov

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.