Sebentar tadi, Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin telah mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020 bagi pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan awam seperti SPM, SVM, STPM & STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.
Manakala murid yang lain pula akan meneruskan pembelajaran di rumah kerana sekolah akan dibuka secara berperingkat dan pengumuman akan diberitahu dari masa ke semasa.
Dr Mohd Radzi turut meminta ibu bapa untuk memastikan hanya anak yang sihat saja dibenarkan untuk ke sekolah dan pelajar-pelajar diminta mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan termasuklah waktu rehat, pelajar hanya dibenarkan makan dalam kelas dan pekerja kantin akan bungkus dan sediakan makanan sebelum waktu rehat.
Baca: TERKINI: Garis Panduan SOP Untuk Pembukaan Sekolah Akan Diedarkan Ke Seluruh Negara ESOK!