in

AEON Bank Lancar Kempen ‘Share-Share Lah’, Boleh Menang SEJUTA Mata Ganjaran AEON!

Ft Aeon Bank Campaign

Akhir-akhir ini, semakin banyak bank digital yang wujud di negara kita dan masing-masing menawarkan pelbagai kemudahan dan mempunyai kelebihan tersendiri. Salah satu yang boleh dikatakan agak baharu dilancarkan adalah AEON Bank, yang dilancarkan sekitar Mei 2024 yang lalu. 

Walaupun terdapat banyak bank digital di Malaysia hari ini, korang perlu tahu yang hanya AEON Bank satu-satunya yang patuh syariah, lantas menjadikan mereka sebagai Bank Digital Islamik yang pertama di Malaysia.

Aeon Bank

Apa Itu Bank Digital? 

Sebenarnya, bank digital mempunyai fungsi yang sama dengan bank tradisional. Apa yang membezakan bank digital dengan tradisional adalah ia beroperasi 100% secara atas talian. Jadi, korang memang tak akan jumpa bangunan atau cawangan bank digital sebagai contoh AEON Bank ni dimana-mana.

AEON Bank, Bank Digital Patuh Syariah PERTAMA di Malaysia

Pada masa ini, AEON Bank menawarkan perkhidmatan produk digital perbankan peribadi seperti Akaun Simpanan-i,’Savings Pot’ dengan ciri pengoptimuman yang boleh disesuaikan, alat belanjawan, serta pelbagai lagi perkhidmatan seperti :

1. Perbankan lebih mudah

Dengan hanya memuat turun aplikasi  AEON Bank yang tersedia di App Store dan Google Play, pengguna boleh membuka akaun secara online tanpa perlu ke cawangan bank untuk berbuat demikian.

Dalam masa yang sama terdapat beberapa ciri menarik yang turut ditawarkan oleh AEON Bank sekiranya pengguna membuka Akaun Simpanan-i seperti boleh memilih nombor akaun sendiri, paparan maklumat perbelanjaan dan lain-lain lagi.

2. Fungsi ‘Savings Pots’

Screenshot 2024 10 01 101350

Selain perancang kewangan tadi, antara ciri yang pastinya digemari ramai adalah ‘Savings Pot’ yang boleh dicipta sesuai dengan apa yang diperlukan sebagai contoh, percutian, kenderaan, gajet baru dan bermacam-macam lagi.

Lebih menarik, setiap simpanan yang diletakkan dalam ‘Savings Pot’ ini akan perolehi keuntungan sebanyak 3.00% p.a.* dan ia akan berkembang dari semasa ke semasa.

3. Alat Perancangan Kewangan

Budget Center

Apa yang membuatkan Bank Digital ni menjadi pilihan sekarang ini ialah ia didatangkan dengan aplikasi yang serba lengkap dan mudah untuk digunakan. Dalam erti kata lain, sangat user-friendly dan biasanya paparan pemuka sangat ringkas.

Sebagai contoh, salah satu ciri yang ditawarkan melalui aplikasi AEON Bank ialah ‘Budget Centre’ yang merupakan alat perancangan kewangan agar pengguna boleh menjejak perbelanjaan dan bajet secara real-time, tanpa perlu memuat turun aplikasi penjejak lain.

Selain itu, ia juga mempunyai pelbagai kategori agar penjejakan kewangan lebih mudah serta pengguna akan menerima notifikasi sekiranya sasaran perbelanjaan tercapai. Jadi, tidaklah kita terbelanja lebih dan sebagainya.

Kempen ‘Share-Share Lah’ AEON Bank

Unnamed 28

Bermula dari 23 September 2024 hingga 28 Februari 2025, AEON Bank ada jalankan kempen ‘Share-Share Lah’ yang mana ia merupakan program rujukan atau referral . Sekiranya korang rujuk rakan dan keluarga, korang akan terima 1,800 Mata Ganjaran AEON (bernilai RM9).

Selain itu, dari 1 Oktober 2024 hingga 30 November 2024, korang juga berpeluang menang sehingga 1 Juta mata ganjaran AEON bersamaan dengan RM5,000 sekiranya korang menjadi referer yang tertinggi* sepanjang tempoh kempen yang dijalankan.

Jadi, tunggu apa lagi. Muat turun aplikasi AEON Bank sekarang, buka akaun dan cepat-cepat kongsikan kod rujukan pada ahli keluarga.

Boleh ikuti langkah berikut :

Screenshot 2024 09 23 155653

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi AEON Bank atau muat turun aplikasi  AEON Bank di App Store dan Google Play untuk membuka akaun bank digital korang!

*Tertakluk pada terma dan syarat

Sumber: AEON Bank
Sumber: AEON Bank