in

Adira Suhaimi ‘Berguru’ Dengan Andika Putera, Netizen Usik Nak Beli TRX

Ft Andika Putera Adira

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Adira Suhaimi menjadi tumpuan netizen apabila melihat hantaran yang dimuat naik menerusi akaun Instagram menunjukkan dirinya bersama pempengaruh Andika Putera.

Menurut Adira, dia menghadiri kelas bersama Andika Putera untuk mendapatkan ilmu yang mungkin berkaitan dengan pemasaran produk dan ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.


Artikel berkaitan : “Dulu boleh lah ko gertak2 dia” -Kakak Adira Suhaimi ‘Sound’ Datin Red?

Artikel berkaitan : “Keadaan dia tak sama” – Fattah Amin Jumpa Fatima, Dakwa Anaknya Itu Tampak Berbeza

Sebegai rujukan, Andika Putera baru-baru ini menjadi tumpuan di media sosial kerana kenyataannya yang dikatakan berazam untuk membeli bangunan pencakar langit Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, malah dia juga sebelum ini terpalit dengan isu kontoversi perceraian dengan bekas isterinya.

Susulan itu, ramai netizen berseloroh bahawa Adira mungkin nak beli bangunan tersebut bersamanya malah, ada juga yang berseloroh untuk tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan Andika serta ada yang turut mempertikaikan pilihan Adira dalam mencari guru.

Screenshot 2024 10 22 184657 Screenshot 2024 10 22 184834 Screenshot 2024 10 22 184853

Namun begitu, ada juga yang membela Adira dan Andika kerana ia adalah hak penyanyi itu untuk memilih siapa gurunya.

Hurm, nak menuntut ilmu je, abaikan pasal perihal orang tu.

Sumber : Instagram

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.