in

“Ada yang sanggup bayar RM500 satu malam”- Peminat Ajak ‘Tidur Bersama’ Lepas Ismail Izzani Jadi Abang Sado

Featured 33

Korang perasan tak yang penyanyi meningkat naik, Ismail Izzani 19 tahun macam dah lakukan transformasi pada badan dia.

Iyelah lately ramai yang kata Mail ni makin sado.

Mungkin disebabkan itu ramai yang ‘dm’ Ismail Izzani dah request macam-macam pada penyanyi tersebut.

Mail 27 33 522079
Sumber : instagram

Memetik Hmetro, Ismail mengakui yang dia kerap dapat mesej berbaur lucah lepas memiliki tubuh badan yang lebih tegap.

Malah ada sampai ke tahap terdapat individu yang mempelawanya untuk bermalam bersama.

Saya tak nafikan ada menerima pelbagai mesej lucah daripada individu tidak dikenali. Antara mesej paling mengarut apabila ada yang mengajak saya bermalam bersamanya. Katanya, dia sanggup bayar saya hingga RM500″

Katanya kebanyakan mesej yang diterimanya itu dihantar melalui platform media sosialnya.

1 14
Sumber : instagram

Bagaimanapun, penyanyi lagu Luar Biasa itu berkata dia tidak ambil serius perkara tersebut kerana ia merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi sebagai anak seni.

“Bagi saya, ini benda biasa dalam hidup artis. Jadi, saya cuma baca dan mampu ketawa sahaja setiap kali ada mesej mengarut sebegini,”

Lebih mengejutkan, Ismail mendedahkan perkara itu bukan hanya berlaku di media sosial sebaliknya ada peminat yang mengekorinya hingga ke tandas.

Kalau di media sosial, mereka hanya hantar mesej mengarut. Di luar lain pula ceritanya apabila ada yang sanggup mengekori saya dan ia menakutkan.”

 

Sampai offer tidur sama tu macam melampau sangat la pulak kan, minat pun jangan la over sangat yer dak?

Baca : Berdosa kalau bukan pian Gambar Mesra Lelaki Mirip Sufian Suhaimi Tidur Bersama Seorang Wanita Tersebar?

Pian