in

Ada Yang Persoal Jarak Kehamilan Kedua, Intan Najuwa Jelaskan Sudah Terima Nasihat Pakar Sakit Puan

Intan Najuwa Hamil Anak Kedua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pelakon, Datin Intan Najuwa telah mengumumkan kepada peminat bahawa dia kini sedang hamil anak kedua sekali gus menjadikan anak sulungnya, Lunara bakal bergelar kakak tidak lama lagi.

Namun, dalam kegembiraannya berkongsi berita tersebut dengan peminat, ada juga segelintir warganet yang mempersoalkan jarak kehamilan keduanya dengan kehamilan pertamanya kerana pelakon drama Tuan Danial itu melahirkan anak pertamanya menerusi pembedahan atau C-section.


Susulan itu, Intan Najuwa menerusi platform Threads telah menjelaskan mengenai kehamilan keduanya itu.

Intan Najuwa

Artikel Berkaitan: “Tolong beritahu jika saya silap” – Intan Najuwa Akan Buang Semua Produk Pro-Israel

Artikel Berkaitan: “Lain macam rezeki dia” – Dapat Kuda Putih Sebagai Hadiah Hari Jadi, Netizen Gembira Untuk Intan Najuwa

Menurut Intan, selepas dia melahirkan bayi sulungnya, dia telah dijaga dengan rapi di wad selama dua minggu kerana suaminya mahu dia sembuh dengan bai selepas bersalin sebelum pulang ke rumah.

Ketika berada di wad tersebut selepas bersalin selama dua minggu, dia telah dijaga dengan rapi oleh doktor pakar sakit puan, jururawat dan ahli fisioterapi untuk memastikan proses penyembuhan luka bersalinnya berjalan dengan baik.

Selain itu, Intan juga telah dijaga oleh dua orang confinement ladies ketika berpantang selama tiga bulan untuk memastikan dia sembuh dengan baik.

Dia juga mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat terutamanya makanan yang tinggi protein dan vitamin C.

Selepas enam bulan, Intan secara perlahan-lahan mula membuat senaman seperti Pilates dan Yoga untuk membina semula kekuatannya.

Dalam masa yang sama, Intan turut berjumpa dengan doktor sakit puan untuk pemeriksaan susulan selepas bersalin.

Untuk kehamilan keduanya ini juga, doktor pakar sakit puan telah memeriksa keadaan Intan sebelum mengesahkan bahawa pelakon berusia 29 tahun itu tidak mempunyai masalah untuk hamil lagi.

Menurut Intan, tubuh setiap wanita berbeza-beza dan dia mempercayai nasihat doktornya adalah yang terbaik.

Intan Najuwa 1

Betul tu, kalau doktor dah buat pemeriksaan dan sahkan semuanya okay, Insya Allah semuanya akan baik-baik sahaja. 

Sumber: Threads Intan Najuwa 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.