in

“Ada yang lagi susah dari kita” – [VIDEO] Sanggup Berpanas, Adik Beradik Jual Mempelam Tepi Jalan Bantu Ibu Cari Duit

Fi Anak 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak wabak Covid 19 melanda negara kita, ternyata ramai yang hilang punca pendapatan dan sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Perniagaan kecil-kecilan menjadi pilihan ramai demi mencari sumber yang halal di dalam musim pandemik ini.

 

Jual mempelam tepi jalan

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan detik dimana dia terjumpa dengan pasangan adik-beradik yang membantu ibu mereka.

Melalui posting di akaun TikTok Khaeirul Anuar ini, terlihat pasangan adik beradik yang masih kecil sanggup berpanas menjual mempelam di tepi jalan. Selepas itu mereka mendekati Khaeirul dan isterinya lalu bertanya sama ada mereka mahu membeli buah yang dijual.

Lalu, kelihatan lelaki tersebut turun dari kereta dan membeli beberapa biji mempelam daripada kanak-kanak tersebut. Apa yang lebih menyentuh hati apabila ditanya kenapa menjual di tepi jalan ini, mereka berkata nak tolong ibu mereka cari duit.

@abecoach

Berat mata memandang..berat lagi bahu memikul.. Insyaallah sama 2 kita membantu mengikut kemampuan.#allahsayang

♬ Atouna El-Toufoule – Ammar Fathani

Dalam posting yang lain, terlihat Khaeirul membayar buah yang dibeli selain memberikan duit raya kepada kanak-kanak tersebut.

Posting tersebut menyentuh hati ramai orang kerana sehingga kini telah meraih lebih dari 400k views dan hampir 40k likes.

@abecoach

Insyaallah kita bantu orang..Allah permudahkan urusan kita..#allahsayang #anakkecil #anaksoleh #anaksolehah

♬ Di Pondok Kecil – Nadamurni

 

“Seronok anak2 ni happy”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen hiba melihat perkara tersebut kerana merasa hiba dengan nasib anak-anak tersebut. Selain mereka turut gembira kerana Khaeirul sanggup untuk membantu mereka itu.

Reak Anak 1 Edit

Reak Anak 2 Edit

Reak Anak 3 Edit

Sayu hati min tengok nasib mereka berdua ni, kita doakan supaya urusan adik beradik dan keluarga dipermudahkan.

 

Baca : [Video] Terlampau Rindu, Anak Kecil Tidur Sambil Peluk Baju Terakhir Arwah Ayah

Foot Kanak

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.