Hari ini telah berlangsungnya mesyuarat pertama untuk kabinet Kerajaan Perpaduan, namun begitu hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang tidak dapat hadir dalam mesyuarat khas tersebut.
Menerusi Harian Metro, ianya telah disahkan sendiri oleh pegawai Pejabat Perdana Menteri hari ini, dimaklumkan bahawa menteri berkenaan mempunyai urusan di Qatar. Bagaimanapun. beliau tidak memperincikan urusan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan di Perdana Putra, ia dilakukan selepas 3 hari senarai anggota Jemaah Menteri diumumkan Jumaat lalu.

Barisan Kabinet dianggotai 28 menteri serta dua Timbalan Perdana Menteri, selain Anwar sendiri memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan.
Mesyuarat pertama yang dihadiri Jemaah Menteri kecuali Tengku Zafrul itu bermula jam 10 pagi. Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas berkenaan.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu selepas hampir seminggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menyaksikan tiada mana-mana parti politik mahupun gabungan berjaya memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan.
Baca : Tengku Zafrul Umum 2023 Bakal Menjadi Tahun Mencabar Untuk Semua Negara Sebab…

