in

Ada Ura-Ura Cakap iPhone 14 Akan Keluar 6 Bulan Lagi, Ini Apa Yang Boleh Dijangkakan

Iphone 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekitar Oktober tahun lepas, siri iPhone 13 mula memasuki pasaran dan secara tak langsung menjadi buah mulut ramai dengan salah satu fungsi yang ditambah baik pada mode ‘video’ nya iaitu sinematik.

Belum sempat hilang ‘kehangatan’ mod sinematik tersebut, datang pula ura-ura baharu tentang iPhone 14 pula! Menurut Bloomberg, iPhone 14 dianggarkan bakal dilancarkan dalam tempoh 6 bulan lagi kalau dikira daripada trend-trend pengeluaran siri-siri iPhone sebelum ini.


Bermula pada 2014, lebih tepat dengan pengeluaran iPhone 6, syarikat Apple telah menggunakan ‘polisi’ pengulangan 3 kali kitaran reka bentuk sebelum hadir dengan sebuah rekabentuk yang serba baharu.

Iphone 14 Production Begins With Trial Phase

Kalau diperhatikan semua pengeluaran iPhone bermula dengan model iPhone 6 sekitar 2014, ianya akan diikuti dengan sebuah model yang seakan-akan sama iaitu 6s. Kemudian iPhone 7 memasuki pasaran dengan antena yang telah dinaiktaraf, bilangan kamera menjadi dua pada model ‘plus’ dan paling mengejutkan, tidak lagi disertakan dengan ‘tempat mencucuk’ headphone/earphone.

Walaupun menerima perubahan dari segi kamera dan earphone jack tersebut, reka bentuknya luarannya masih dikekalkan sebagai basic.

Kemudian, datang pula iPhone X pada 2017, diikuti dengan iPhone Xs pada tahun berikutnya dengan rekabentuk yang sama. Pada tahun 2019, barulah muncul iPhone 11 dengan sistem kamera yang baru dan dipertingkatkan serta mempunyai kemasan ‘matte’ di bahagian belakang.

Iphone 7 Iphone 6S Iphone Se 2016 Fall Lineup Prices

Jadi, sekarang ini difahamkan kitarannya ialah berpandukan iPhone 12 yang mula diperkenalkan pada 2020, kemudian ianya turut dikekalkan untuk model seterusnya iaitu iPhone 13 pada 2021. Menurut Mark Gurman lagi, besar kemungkinan akan ada banyak perubahan pada siri iPhone 14.

Pertamanya, buat pertama kali Apple akan memperkenalkan kamera 48 megapixel pada siri ‘Pro’ iPhone 14, manakala model iPhone 14 hanya akan disertakan dengan kamera 12 megapixel seperti siri-siri sebelumnya.

Selain itu, model ‘Pro’ akan menggunakan cip terbaharu, A16 manakala model biasa akan menggunakan cip yang sama seperti apa yang ada pada iPhone 13 sekarang iaitu A15. Menguatkan lagi ura-ura ini ialah keadaan kekurangan cip jenis berkenaan yang sedang melanda Apple selain mereka difahamkan ingin memastikan iPhone 14 lebih menyerlah dari model sebelumnya.

Difahamkan, iPhone 14 juga bakal dilengkapi dengan jaringan ‘satelit’ yang membolehkan pengguna membuat panggilan atau menghantar sms sekiranya berlaku kecemasan menggunakan sambungan satelit.

Apa-apa pun, kita tunggu sahajalah pengumuman rasmi nanti. Paling penting, berapa harga jualan nanti? Hehe~

Baca : Semua Telefon Pintar Keluaran Akan Datang Tak Disertakan Pengecas? Ini Sebabnya…

Phone Tanpa Pengecas

Sumber: 9to5mac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.