in

Apple Dijangka Jual iPhone 14 Dengan Harga ‘Keras’, Kos Pembuatan Makin Mahal

Cover 6 E1664599152636

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, Apple akan mengeluarkan siri telefon pintar baharu pada setiap tahun. Untuk tahun 2022, Apple dijangka akan mengeluarkan iPhone 14 menjelang September hingga Oktober.


Menerusi perkongsian LeaksApplePro, mereka menjangka iPhone 14 akan dijual di pasaran dengan harga yang lebih mahal daripada iPhone 13.

Difahamkan, iPhone 14 akan dijual dengan harga $799 sehingga ke $1199. Untuk dibandingkan dengan harga iPhone 13, iPhone 14 dikatakan bakal lebih $100 (RM417.45).

Jelas sumber, peningkatan harga iPhone ini adalah berpunca daripada kos pembuatan yang semakin tinggi, dan juga kadar inflasi di Amerika Syarikat yang semakin meninggi.

Jika difikir secara logik, boleh dikatakan mana-mana barangan di dunia ini menjadi semakin tinggi ekoran inflasi dan harga barangan yang semakin mahal. Jadi tidak mustahil jika iPhone 14 dijual dengan harga sedikit mahal.

Jadi buat penggemar produk Apple, anda dah boleh kumpul duit!

Kredit: LeaksApplePro

BACAKajian: Rakyat Malaysia Kena Kerja 30.3 Hari Untuk Beli iPhone 13 Pro, Singapura Pula 7.6 Hari

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.