in

Ada Najis, Air Kencing Tikus & Lipas, Kedai Nasi Kandar Popular Di Penang Diarah Tutup

Tikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kedai nasi kandar popular di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang diarah tutup selama 14 hari bermula kelmarin kerana didapati tidak menepati piawaian kebersihan.


Terdapat najis, air kencing tikus dan lipas yang ditemui di dapur sebuah restoran nasi kandar terkenal itu. Lapor Berita Harian.

 

Ada tikus berkeliaran di dapur

Malah ketika pemeriksaan dilakukan, beberapa tikus turut dilihat berkeliaran di dapur premis berkenaan.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Pelesenan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, M Bawani berkata, operasi turut dijalankan terhadap satu lagi restoran nasi kandar di Little India dan dua pasar mini.

En1Sivpuuaao5Mv En1Sivquwaay9Hm

Tambahnya lagi, ada restoran nasi kandar kedua yang diperiksa dikenakan kompaun sebanyak RM100 kerana menyimpan semua bahan dalam peti sejuk yang dikhuatiri boleh menyebabkan pencemaran.

Selain itu, ada dua pasar mini itu juga diarah tutup selama 14 hari berikutan terdapat kesan kehadiran makhluk perosak selain tahap kebersihannya yang tidak memuaskan.

“Premis yang diperintahkan tutup itu perlu membersihkan kedai masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan” 

Ia mendatangkan kebimbangan kerana restoran ini menjadi tumpuan orang luar dan pelancong yang datang ke negeri tersebut kerana kedai itu terkenal dengan keenakan nasi kandarnya.

Malah ada juga penduduk di Penang sebelum ini pernah bau hancing di kedai tersebut semasa sedang beratur.

 

Tengah beratur pun bau hancing semacam je – Netizen

Kandar Kandar2 Kandar3

Hurm, hati-hati lah korang, lepasni kalau nak cari pun, cari kedai makan yang elok sikit.

 

Baca : Akauntan Kedai Nasi Kandar Mengaku Sengaja Reka Cerita Kena Ragut RM 120K Sampai Penang ‘Jammed’ Sebab…
Akauntan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.