in

“Ada masalah mental” – Wanita Sengaja Tinggalkan ‘Straw’ Dengan Cecair Peluntur, Harap Anak Akan Terminum

Ada Masalah Mental Wanita Sengaja Tinggalkan Straw Dengan Cecair Peluntur Harap Anak Akan Terminum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya benci jadi seorang ibu.”



Itu adalah pengakuan seorang wanita berusia lingkungan 20-an ketika dia dibicarakan di mahkamah atas tuduhan mendera anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Lapor The Sun, kes penderaan itu diketahui umum selepas ibu kepada teman lelaki suspek melaporkan kepada social services. Kecederaan yang dialami kanak-kanak malang itu dikatakan adalah yang paling teruk pernah dilihat oleh pekerja kebajikan.

Selepas diperiksa doktor, kanak-kanak itu mempunyai 80 lebam pada keseluruhan badan termasuk kepala. Malah, retinanya juga berdarah.

Bleach E1619235950962
Gambar hiasan

Ketika dibicarakan di Leeds Crown Court, suspek yang tidak didedahkan identiti itu mengaku dia pernah meninggalkan sebotol cecair peluntur bersama straw di dalamnya dengan harapan anak lelakinya itu akan terminum.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut mengaku pernah membuka tingkap dengan harapan anaknya akan memanjat keluar.

Suspek juga mengaku dia tidak memberi anaknya makan dengan betul dan berkata dia tidak mahu kanak-kanak itu dalam hidupnya.

Terlepas hukuman penjara walaupun mengaku bersalah

Leeds Crown Court E1619235771920

Walaupun telah melakukan jenayah yang berat, suspek dilaporkan tidak diberikan hukuman penjara.

Menurut Hakim Penelope Belcher, wanita itu akan diberi perintah supaya mendapatkan bantuan profesional bagi penyakit borderline personality disorder yang dihadapinya.

Selain itu, suspek yang menyesal dengan perbuatannya juga telah diberi amaran sekiranya dia mempunyai anak lagi, kanak-kanak itu akan dijaga oleh jabatan kebajikan.

Difahamkan mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan dan berada dalam keadaan baik.

Sumber: The Sun

Baca: “Maki, pukul, baling buku dkt kepala” – Ibu Dera Anak Umur 12 Tahun Sebab ‘Tak Cukup Pandai’

Ft Deraanak E1619234560228

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.