Kisah yang terjadi kepada TikToker ini pasti akan membuatkan kita buka mata akan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi insan lain.
Wanita yang dikenali sebagai Anys Sophia ini berkongsi kisah didatangi oleh seorang lelaki yang dipercayai warga asing untuk meminta kerja kerana kelaparan.
Artikel berkaitan : “Tengah lapar gang” – Aiman Tino Terkandas Dalam Kapal Terbang Selama 8 Jam Di Korea Selatan Kerana Cuaca Buruk
Artikel berkaitan : “Dia kata dia lapar” – Anak Hilang Beberapa Jam, Mat Redho Kongsi Apa Yang Terjadi
“Ada kerja? Saya lapar, saya buat kerja orang tak bayar saya”
Dakwanya, lelaki itu kelaparan kerana tidak dibayar selepas membuat melakukan pekerjaan. Memandangkan tiada pekerjaan yang Anys boleh berikan, Anys dengan rela hati memberikan makanan kepada lelaki tersebut dan individu berkenaan dikatakan terus bersila untuk makan dan jadikan air paip di depan rumahnya sebagai minuman.
Dalam video yang berdurasi 10 saat dan telah meraih lebih daripada 970K jumlah tontonan dalam 21 jam, kelihatan lelaki tersebut makan dengan penuh semangat yang mana menggambarkan dia benar-benar dalam kelaparan.
@anyssophiaa 😮💨😮💨😮💨 #janganmembazir
Apa yang membuatkan Anys jadi semakin terharu apabila lelaki itu menolak huluran wang tunai daripadanya sebagai bantuan kerana dia tidak akan menerima wang itu selagi tidak diberikan kerja.
Apabila disoal netizen mengapa lelaki itu meminum air paip, Anys mengatakan pada mulanya dia ingat bahawa lelaki tersebut hanya ingin membasuh tangan sahaja, namun setelah melihat lelaki itu meminum air itu, Anys terus menyediakan air sejuk kepadanya.
Difahamkan lelaki tersebut dikatakan sudah 2 hari tak makan dan Anys juga menjelaskan hatinya tergerak untuk bantu lelaki tersebut kerana terbayang jika orang terdekat dalam keluarganya mengalami situasi yang sama.
Di samping itu, ramai yang memuji kemuliaan hati Anys dan mendoakannya agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Sumber : TikTok